Sekitar awal tahun 2000, rancangan berbentuk majalah 3R yang ditayangkan di TV3 cukup popular sekali dengan topik-topik yang menarik. Pengacara mereka yang bersilih ganti juga mempunyai peminat yang ramai. Antara pengacara untuk program tersebut ialah Low Ngai Yuen, Rafidah Abdullah, Azah Yazmin Yusof, Kartini Ariffin dan Celina Khor.
Terbaru, ada berita panas mengatakan Rafidah telah berkahwin dengan pasangan sejenis di Australia selepas beberapa tahun bercinta.
Menguatkan lagi dakwaan tersebut, pasangan Rafidah menerusi akaun Instagramnya @konigsegelfisch telah memuat naik foto dirinya dan Rafidah mempamerkan cincin di jari masing-masing dengan kapsyen menggambarkan mereka sudah berkahwin dalam sebuah majlis yang sederhana.
Walaubagaimanapun,kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Sekiranya berita ini benar, kami pasti ramai yang kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Rafidah.