October 24th, 2014

Bekas pemandu peribadi pelakon Zahida Rafik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah wang milik wanita itu berjumlah RM200,000 dua tahun lalu.

Tertuduh, Noor Azman Azmi, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, bapa tunggal kepada dua anak itu didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan wang itu ke dalam akaun peribadinya dan menggunakan wang itu untuk kegunaannya sendiri.
zahida rafikDia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 186 Lorong Kempas 2, Kampung Melayu Ampang pada 11.30 pagi, 29 Februari 2012.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Eric Paulsen yang mewakili tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamya menanggung keluarga termasuk ibunya yang uzur.
zahida rafikAyuni Izzaty kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah kemudian menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes. Sumber Harian Metro.

Artikel berkaitan: Zahida Rafik perjelas√ā¬†hubungan dengan menteri Shafie Apdal


Comments are closed.

Loading...