Bekas Pemain Harimau Malaya Ditahan Pihak Berkuasa Atas Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu

Berita

Bekas Pemain Harimau Malaya Ditahan Pihak Berkuasa Atas Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu

Terbaharu, tular di media sosial mengenai seorang bekas pemain bola kebangsaan telah ditahan oleh pihak berkuasa di Johor Bahru atas penyalahgunaan dadah sejenis syabu.

Melalui laporan Berita Harian, pemain bola yang berumur 36 tahun itu difahamkan sebelum ini pernah bermain di dalam pasukan bola sepak dalam saingan Liga Super dan turut pernah menyarung jersi Harimau Muda serta Harimau Malaya.

Advertisement

bekas pemain Harimau Malaya ditahan

Dalam pada itu, turut difahamkan bekas pemain bola itu ditahan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Turut difahamkan juga, ini bukanlah kali pertama individu berkenaan dikaitkan dengan mempunyai serta mengambil barang terlarang.

Selain itu, dari portal berita yang lain, pemain berasal dari negeri Melaka ini pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan yang berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

VIP potong barisan masa kesesakan lalu lintas
5 bulan lalu

"Patut Kena Sodok Lori!" - Rakyat 'Merana' Hadap 'Jam', VIP Selamba Potong Barisan Bikin Netizen 'Panas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...