Seorang bekas pelawak kumpulan terkenal, Senario bersama dua rakannya telah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.
Ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atas suspek wanita, pihak polis menemukan satu paket plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55 gram.
Kesemua suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan yang berlaku di hotel berkenaan pada jam 5.45 petang.
Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.
Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang.
Pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua lagi rakannya direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Sumber Berita : Kosmo Online & Malaysiakini

Anonymous
June 28, 2019 at 10:53 am
Ok tu yasin al fatiha
Jamal abdillah ok je
Farid kamil ok terlepas
Aidil ok je lagi kaya raya
Zamani masih pandai menyanyi
Ramai lagi lah yg penting mesti ada connection dgn datuk2
Kikiki
June 28, 2019 at 9:49 am
Lepas ni tunggu plak yg sorg lagi tu plak..24 jam pakai spek hitam & hoodie nak cover mata merah dia tu