Aduan tentang anjing liar yang berkeliaran selalu dibuat oleh penduduk setempat lagi-lagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan. Sudah banyak kes anjing liar menyerang orang awam sehinggakan mendatangkan kecederaan.
Baca: (Video) “Budak Lelaki Diserang Anjing Liar”, Orang Awam Didakwa Hanya Tengok Dan Rakam
Mungkin disebabkan itu, orang ramai jadi takut dan bimbang tentang keselamatan mereka jika anjing liar terus berkeliaran. Tapi mungkin selepas anda membaca kisah ini, pandangan anda tentang anjing liar akan berubah.
Bekas pekerja majlis perbandaran
Aku bekerja dalam sebuah Majlis Perbandaran.
Aku tidak mahu dedahkan. Tapi aku di Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal. Lebih khusus kerja tangkap anjing dan kucing. Bila ada orang lapor, aku dan team akan ke tapak lokasi, jerut dan tangkap anjing masuk lori.
Aduan memang banyak dibuat oleh orang Melayu. Tapi aku buat keputusan berhenti kerja ni sebab macam-macam terjadi sejak aku kerja bunuh anjing ni.
Pukul dan bunuh anjing
Dalam 2 tahun aku kerja tangkap, pukul dan bunuh anjing. Macam-macam ujian yang aku terima. Semua bermula bila anak aku lahir cacat. Anak aku cacat. Aku sukar hendak terima. Keadaan penafasan anak aku macam anjing yang aku selalu jerut.
Aku ikat dan gantung anjing ni sampai mati. Ada mata terkeluar. Ada kami pukul dengan kayu sampai mati. Anjing ini meronta tapi kami balun tanpa peri kemanusiaan.
Aku hanya ikut arahan. Aku hanya bekerja makan gaji. Aku terpaksa walau tidak sampai hati. Tapi ia terjadi pada aku. Pada isteri aku. Isteri aku pengsan tengok keadaan anak kami. Leher anak kami ditebuk.
Seksa ya Allah. Bunyi nya sama seperti nafas anjing yang aku bunuh. Lapan bulan anak aku terseksa. 8 bulan aku dibalas atas semua ini.
Keadaan anak makin teruk
Tapi bila anak aku lahir cacat macam tu. Aku insaf. Aku sedar serta merta. Isteri aku pun suruh aku berhenti kerja ni. Zalim.
Keadaan anak aku memang kritikal. 8 bulan dia terseksa. Cucuk sana sini. Tebuk sana sini di usia 2 bulan. Kau bayangkan. Mulut berbuih. Nafas berbunyi tersekat.
Sebab aku ingat anak anjing pun kami tidak benarkan hidup. Kami bunuh. Walau 2 hari lahir. Aku memang insaf. Tuhan ambil anak aku lepas 8 bulan terseksa.
Selepas anak aku meninggal. Aku berhenti kerja. Aku tak mahu mencari rezeki macam ini. Cukuplah kita tipu orang awam anjing hantar hutan lah. Semua itu tipu belaka.
Kisah ini telah dikongsikan sepenuhnya oleh bekas pekerja Majlis Perbandaran. Segala yang dikongsikan adalah daripada pengalaman beliau sendiri di Yolo Pets Foundation.
Artikel berkaitan: Kisah Penjaga Parkir Sanggup Habiskan Separuh Gaji Beri Anjing Dan Kucing Liar Makanan