Isteri kepada usahawan Dato’ Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia telah menang saman terhadap bekas pembantu peribadinya setelah 3 tahun berjuang di mahkamah.
Perkara itu turut dikongsikan Datin Shahida menerusi satu hantaran di Instagram miliknya dan kes tersebut difahamkan berkaitan dengan fitnah yang dilemparkan bekas pembantu peribadinya beberapa tahun yang lalu.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun berjuang, akhirnya Allah makbulkan doa-doa saya. Bekas kakitangan yang memfitnah saya akhirnya di mahkamah.
Datin Shahida dalam pada itu sempat memberikan pesanan kepada orang ramai di luar sana agar menggunakan platform media sosial dengan sebaiknya.
Nasihat saya gunakan media sosial untuk kebaikan dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Dalam pada itu, Dato’ Aliff Syukri ada meninggalkan komen di ruangan hantaran Instagram itu.
Tulis sekali bekas PA tua tak sedar diri. Dahlah hidup cari rezeki 6 tahun bersama kita, fitnah orang menipu dan kita bantu keluarga dia makan kita balik. Naik dan popular pun sebab kita.
Pekerja macam ini adalah spesis anjing yang kita tolong dia gigit kita now dia tau balasannya.
Terdahulu, Dato’ Aliff Syukri dan keluarganya difitnah terlibat dalam Macau Scam oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai ‘Melati’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan dia bawah.