Seorang bekas pembantu peribadi selebriti dikenali sebagai Hilmi mendedahkan ada seorang artis di bawah jagaannya dahulu menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.
Kata Hilmi, dia hanya mahu memperkenalkan artis terbabit sebagai ‘R’ dan menurutnya selebriti tersebut pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya.
Perangai awal awal dia tak ada apa-apa, biasa je. Tapi lama-lama dia mula tunjuk perangai dia yang diva tu. Cuma itu masih saya boleh cover lagi. Tapi ada satu masa dia buat hal yang sangat besar iaitu ada skandal dengan suami orang sampai media dapat hidu.
Ada sekali tu selepas shooting dia kata nak balik sendiri dan saya ikutkan sahaja. Namun lepas tiga jam dia mendesak saya datang ke sebuah apartmen. Rupa-rupanya dia dah kena kantoi dan kena serang dengan isteri pertama.
Nasib baik pada ketika itu, tak jadi kes besar melibatkan JAIS dan lain-lain jadi dia minta saya untuk slow talk dengan wanita berkenaan.
Namun, meskipun selepas sudah slow talk isteri pertama lelaki itu tetap mengeluarkan video sehingga tular.
Kata Hilmi, ketika itu dia meminta R untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes itu dah reda. Namun selepas semuanya kembali reda, R masih berkomunikasi dengan lelaki terbabit.
Dia ni suka ikut kepala dia sendiri tapi saya dapat tahu dia masih contact lelaki tersebut sebab lelaki itu kaya dan mampu beri apa sahaja kepadanya.
Saya sampai tahap kena merayu-rayu dekat media untuk minta berita mengenai artis itu diturunkan untuk menjaga reputasi dia yang pada ketika itu sedang meningkat naik.
@kakicuriyt Replying to @KakicuriYT PART 2 Artis kantoi curang #podcast #untoldstory #kisahbenar #ashhrappchannel ♬ original sound – KakicuriYT
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.