Bekas Model Berusia 50-an Jadi Tular Kerana Kelihatan Muda Remaja

Trending

Bekas Model Berusia 50-an Jadi Tular Kerana Kelihatan Muda Remaja

Media sosial di Asia kini viral dengan gambar-gambar seorang jurufoto Singapura berusia lebih 50 tahun yang tidak kelihatan berumur lebih 30 tahun.
ChuandoAN
Namanya Chuando Tan. Penulis agak skeptikal bila terlihat gambar dan berita tentang Chuando di sebuah laman berbahasa cina yang tidak begitu dikenali, tetapi beberapa sumber dalam talian mengesahkan yang Chuando berusia 50-an, antaranya The Straits Times Singapura yang pernah menemubual Chuando pada tahun 2001.

Advertisement

Siapakah Chuando? Dia ialah antara model paling popular di Singapura semasa tahun 80-an dan 90-an. Kerjaya sebagai model telah menimbulkan minatnya terhadap fesyen dan fotografi.
Chuando-Tan2-750x931 copy
Chuando-Tan9-750x900 copy

Pada tahun 1996, setelah melalui kerjaya singkat sebagai penyanyi pop Mandarin, dia muncul semula di arena hiburan sebagai jurugambar fesyen. Walaupun ia sukar buat Chuando, dia akhirnya menjadi sangat berjaya.

Chuando-Tan3-750x916 copy

Pada 2006, Tan dan rakan baiknya Frey Ow menubuhkan Chuando&Frey, sebuah firma fotografi yang pernah bekerja dengan ramai selebriti dan model Asia. Hasil kerja mereka berdua pernah dipaparkan di muka hadapan majalah seperti Jalouse, Muse, L’Officiel, Elle dan Harper’s Bazaar.

Chuando-Tan5-750x891 copyMereka juga pernah mengambil gambar Janet Jackson untuk dijadikan kulit hadapan album penyanyi itu, Discipline, pada tahun 2008.

Chuando-Tan6-750x938 copyBagaimana Chuando menjaga penampilannya? Dalam satu artikel tahun 1993, model itu memberitahu dia sentiasa mengelak tidur lewat dan hanya makan dada ayam yang dimasak cara Nasi Ayam Hainan setiap hari.

Chuando-Tan8-750x783 copyDia juga bersenam di gimnasium empat kali seminggu. Kini, dia bersenam setiap hari dan akan memulakan setiap hari dengan bersenam sebelum melakukan kerja lain. Ramai mendakwa Chuando kelihatan lebih kacak pada usia sekarang berbanding ketika berusia 20-an.

Chuando-Tan7-750x928 copySekarang, jika anda ingin kelihatan muda seperti Pakcik Chuando, mungkin anda perlu mula tidur awal dan bersenam. Sudah tentu, masih belum terlambat jika anda mulakan hari ini.- amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...