Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

COVID-19

Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Susulan pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia semalam, rata-rata rakyat Malaysia kini giat melakukan persiapan bagi melaksanakan arahan yang dikeluarkan. Bermula esok, 18 Mac ini rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

5 hours ago

Enam Lelaki Didakwa Amang Seksual Gadis 16 Tahun Bergilir-Gilir Dalam Satu Rumah, Seorang Bakal Pengantin & Bakal Bertunang

Advertisement

Berikutan itu, ramai yang keliru sama ada Perintah Kawalan Pergerakan ini sama dengan Perintah Berkurung yang dikenakan pada negara lain seperti Itali dan Perancis. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua negara itu kini sedang menjalani proses ‘lockdown’ selama 15 hari dimana semua rakyat diperintahkan berada di kediaman masing-masing.

Bukan perintah berkurung

dzulkefly

Mengulas mengenai pengumuman itu, Dr Dzulkefly selaku bekas Menteri Kesihatan memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak sama dengan Perintah Berkurung. Ianya lebih kepada satu bentuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan menurunkan jumlah kes dengan ‘merendahkan lengkung (jangkitan) wabak’.

“Ini bukan perintah berkurung. Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan.”

Menurutnya, ungkapan yang paling baik adalah mengelakkan diri dari aktiviti sosial di mana matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik. Merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wabak.

Di dalam pengumuman oleh Perdana Menteri semalam, Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Pelaksanaan ini akan membataskan pergerakan orang awam terutamanya untuk membendung penularan wabak. Antara yang disentuh ialah:

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Termasuk penangguhan solat Jumaat secara berjemaah di masjid. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Penutupan semua sekolah kerajaan mahupun swasta. Penutupan semua institut pendidikan tinggi (IPT) kerajaan, swasta dan institut kemahiran di seluruh negara. Penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Untuk baca lebih lanjut tentang Perintah Kawalan Pergerakan ini, boleh baca selanjutnya pada artikel di bawah.

Artikel berkaitan: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...