Bekas ‘Maid’ Dakwa Dipukul Azil, Zarina Zainuddin Bersuara – “Jangan Fitnah Dia Macam Ni, Aku Setengah Mati Cari Duit…”

Hiburan

Bekas ‘Maid’ Dakwa Dipukul Azil, Zarina Zainuddin Bersuara – “Jangan Fitnah Dia Macam Ni, Aku Setengah Mati Cari Duit…”

Pelakon Zarina Zainuddin menafikan dakwaan bekas pembantu rumahnya yang mengatakan bahawa anak istimewanya, Azil merupakan punca dia melarikan diri.

Terdahulu, wanita bernama Rahayu tersebut telah memuat naik video mendakwa dia lari dari rumah Zarina gara-gara tidak tahan dipukul oleh Azil.

Advertisement

zarina
7 months ago

"Saya Lari Sebab Tak Tahan Dipukul Anaknya" - Nafi Mencuri, Bekas Pembantu Rumah Zarina Zainuddin Tampil Beri Penjalasan

 

Anak saya pukul diri sendiri je

Menerusi hantaran Instagram, Zarina memuat naik video Azil dan berkata dakwaan Rahayu adalah satu fitnah kerana anaknya tidak pernah memukul orang.

Tegas Zarina, Azil hanya akan pukul wajahnya sendiri dan tidak akan menaikkan tangan terhadap orang lain sekiranya dia tantrum atau mengamuk.

Anak saya ni anak istimewa. Dia pukul diri sendiri je, dia tak akan pukul orang lebih-lebih, dia genggam tangan je.

 

Kau kalau nak hidup bebas kat luar tu senang nak kemana-mana jangan kau buat cerita bukan bukan pencuri… Patutlah rantai labuh dan gelang tu lama aku cari takde kau kebas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

1

 

Orang luar jangan sedap mulut nak mengata

Dalam hantaran yang sama, Zarina turut menegur orang luar yang tiada kena mengena kerana sesuka hati menuduhnya memusing cerita.

Ujar Zarina lagi, ini bukanlah kali pertama dia ditipu oleh agensi mahu pun pembantu rumah dan dia tidak faham masih ada yang menyokong individu tersebut.

Aku kerja setengah mati cari duit nak bayar duit maid puluh ribu, dia blah (berambus) korang boleh sokong dia. Tiada otak ke korang?

 

Ingat aku ini senang ke cari duit macam-macam benda aku hadap. Dah dua kali aku kena tipu dengan agensi dan pembantu rumah ini. Dia blah tinggalkan anak aku masa aku pergi out station. Aku ini pegi cari duit nak bayar gaji dia.

maid zarina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...