Sebelum ini, kontroversi kisah perkahwinan kedua Da’i Farhan dengan seorang janda anak lapan, Dr Erin dan juga berita perceraiannya dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain yang diceraikan ketika sedang sarat mengandung memang cukup hangat diperkatakan, mengalahkan berita selebriti popular.
Tidak dinafikan pelbagai dugaan yang menimpa Fatin tetapi dia kekal tabah menghadapi segala ujian. Tanggal 5 Januari 2020, merupakan detik indah buatnya apabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki iaitu anak keduanya bersama Farhan.
Rat-rata netizen mengucapkah tahniah kepada Fatin dan mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi yang baru dilahirkan.
Malah, dia turut berharap satu hari nanti mereka dapat meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan bersama salah seorang daripada lapan anaknya sebagai sebuah keluarga yang besar.
Terdahulu, Fatin dan Farhan telah bercerai pada 3 Disember lalu denga talak satu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Lafaz talak dilakukan melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp.