Bekas ‘Leader’ Perlaking Dedah Perangai Sebenar Safiey Ilias, Dakwa Safiey Penipu

Trending

Bekas ‘Leader’ Perlaking Dedah Perangai Sebenar Safiey Ilias, Dakwa Safiey Penipu

Nama Safiuddin Ilias atau lebih dikenali di media sosial sebagai Safiey Ilias mula meniti jari Netizen setelah pemuda itu membuat ‘penghijrahan’. Sebelum itu, Safie menjalani gaya hidup sebagai seorang pondan dan sering mengenakan solekan serta berpenampilan seperti wanita.

 photo safieyAN.jpg

Advertisement

Penghijrahan’ Safiey ini menjadi viral dan mendapat pujian banyak pihak. Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Emy Bin Yusop telah membuat pendedahan kepada laman Facebook Ponzi Scheme Alert in Malaysia mengenai teknik perniagaan Safiey yang melibatkan penipuan dan penganiayaan kepada leaders dan pengguna. Ikuti tulisan beliau:

Assalamualaikum.
Sesiapa yang baca ini dan pernah menjadi mangsa penipuan, sila komen untuk tunjukkan sokongan. Saya menyeru kepada semua bekas “LEADER PERLAKING dan PERLASHINE” dan juga CREW MUSTANG KUNING yang masih menunggu, supaya komen dan dedahkan perangai sebenar jutawan kosmetik segera ini.

Dengan lafaz bismillah aku mulakan,

Teknik Pemasaran Safiuddin Ilias – lantik banyak leaders 

Safiuddin Ilias atau nama komersialnya iaitu SAFIEY ILIAS telah melakukan penipuan dalam aktiviti bisnesnya dengan mereka yang pernah join menjadi “LEADER PERLAKING”. Antaranya adalah seperti berikut:

1- Semasa dia keluarkan produk bernama PERLAKING, dia telah mencari seramai lebih dari 200 orang yang kononnya dipanggil sebagai “LEADER”. Leader ini fungsinya seperti pemborong untuk produk PERLAKING – sebab itulah LEADER merupakan ketua kepada STOKIS-AGEN dan juga DROPSHIP.

2- 200 orang LEADER ini telah diberikan seminar percuma untuk diajar bagaimana teknik marketing dan lain-lain supaya dapat buat jualan. Leader pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah LEADER 6666 dan LEADER 5555. Leader 6666 kena bayar sebanyak RM 5,250 ( Dapat 70 kotak PERLAKING dengan harga RM70 sekotak, jual RM120 jadi untung untuk sekotak bagi leader 6666 ialah RM 50) dan LEADER 5555 pula RM 6,000 lebih.

Bersumpah tidak akan jual Perlaking pada pemborong untuk jaga leaders

3- Semasa seminar dulu, SAFIEY ILIAS berjanji dan sumpah bahawa dia takkan jual produk PERLAKING ini kepada pemborong dengan alasan nak jaga periuk nasi para LEADER. Pendek kata LEADER lah sebenarnya bertindak sebagai pemborong. Jadi kalau dia lepaskan barang pada pemborong, nanti LEADER pula susah cari makan.

4- Pada awalnya jualan PERLAKING sangat hebat, usaha para leader sangat-sangat hebat untuk naikkan sale ditambah pula sebelum tu si SAFIEY ni buat penghijrahan kononnya PENGHIJRAHAN FENOMENA, so followers dia bertambah dari puluh ribu terus mendadak naik kepada 500,000 followers!

Jualan Perlaking mula bermasalah

5- Namun setelah beberapa ketika, jualan PERLAKING ni jadi huru hara sikit kerana beberapa isu iaitu pertama: ISU PERLAKING TIRUAN dan kedua ISU MAIN HARGA.

6- Terdapat beberapa pihak yang telah menjual PERLAKING dengan harga yang sangat murah iaitu antara RM70 hingga RM40 pun ada sedangkan kami para leader diarah untuk jual RM120 sekotak.

Safiuddin mendakwa terdapat produk Perlaking tiruan, namun ia hanya pembohongan

7- Daripada isu main harga inilah timbulnya dakwaan dari SAFIEY ILIAS kononnya ada pihak yang telah cetak PERLAKING TIRUAN sedangkan semua dakwaan dia tu adalah bohong dan penipuan semata-mata – maka di sinilah bermulanya segala perangai, dan permainan licik SAFIEY ILIAS yang telah mempergunakan dan memperbodohkan para leader.

8- Selepas kecoh PERLAKING dijual sangat murah di luar sana, SAFIEY mewujudkan situasi di mana dia cuba untuk mencipta pandangan semua bahawa ada leader yang tak jujur dan menjual PERLAKING dengan harga murah. Dalam group WHATSAPP leader, ramai leader dimaki hamun dan diugut keluar atas isu ini.

Pergaduhan Safiuddin dengan pemborong Perlaking, Al-Amin

9- Saya ringkaskan cerita, selepas beberapa minggu isu harga dan tiruan ini berlangsung – wujud individu yang bernama AL-AMIN (nama Facebook beliau) Dalam hal ini Al-Amin tak bersalah bagi sayalah. Al-Amin adalah merupakan seorang pemborong besar, pemborong yang ambil barang sampai cecah harga jutaan ringgit. Al-Amin ini menjual PERLAKING yang diambil secara borong dengan harga serendah RM 30 sekotak (kalau saya tak silaplah) antara harga 30 dan 40 macam tulah. Ketika itu SAFIEY dan AL-AMIN bergaduh besar di Facebook masing-masing. Si PELANGGAN ni tuduh AL-AMIN yang PERLAKING tu adalah tiruan, tetapi AL-AMIN MENAFIKAN ia adalah yang ORIGINAL. Al-Amin mencabar SAFIEY untuk buktikan bahawa PERLAKING yang dia borong itu adalah tiruan, bahkan Al-Amin memberi jaminan kepada pelanggan kalau Perlaking yang dia jual itu adalah tiruan dia bagi jaminan pulangan duit 100%. Pergaduhan antara dua-dua pihak ni sangat hebat namun selepas beberapa ketika, mereka berdamai.

Safiuddin sebenarnya telah jual Perlaking pada pemborong dengan harga rendah

10- Cerita penipuan SAFIEY ini belum habis lagi – Selepas beberapa ketika juga, ada pemborong iaitu kawan dalam kalangan leader ini beritahu bahawa SAFIEY ILIAS sebenarnya telah tolak STOK PERLAKING kepada pemborong! Waktu inilah ramai leader seakan tak percaya walaupun kami semua dah syak awal-awal. Rupa-rupanya dia telah tolak PERLAKING kepada pemborong dengan harga yang sangat-sangat murah lebih kurang RM 35 untuk sekotak Perlaking. Kebabian apakah ini ? Sedangkan leader kena ambil dengan harga RM70 DAN RM60 gila!

11- Kesan daripada isu inilah jualan PERLAKING semakin bermasalah. Bayangkan PERLAKING harga asal ialah RM 120, tetapi di luar sana ramai yang jual dengan harga 60, 50 bahkan 40. Waktu inilah ramai leader mula bersuara dalam group. Tetapi tidak dipedulikan oleh SAFIEY bahkan dia telah LEFT group WhatsApp dengan alasan serabut dan penat. What the fcuk.

Safiuddin maki hamun leaders dalam group WhatsApp

12- Ramai leader bersuara telah dimaki dan dihentam dikatakan tak bersyukur dan lain-lain, ramai juga yang telah dibuang dari group. Bahkan ramai yang dengan sukarela keluar group kerana dah tahu dan bosan dengan temberang dia. Waktu ni lah kemuncak huru hara bisnes Perlaking.

13- Sekarang masuk pula bab kerugian yang ditanggung leader – Selepas isu main harga dan tiruan yang sebenarnya wujud disebabkan penipuan SAFIEY, dia telah buat bermacam promosi PERLAKING antaranya promosi sempena hari lahirnya, semua leader dikehendaki jual Perlaking dengan harga RM80 dan dia telah umumkan di Facebooknya – bayangkan waktu ini, apa telah jadi kepada STOKIS – AGEN dan juga DS? Dia suruh jual murah, secara automatik telah menyebabkan tak ada untung untuk agen, stokis apatah lagi dropship! Jadi leader pun rasa serba salah dengan stokis dan agen di bawahnya jadi ada antara leader ambil langkah dengan menyerap kerugian iaitu dengan mengecilkan margin profit untuk sekotak Perlaking bahkan ada yang tak dapat untung demi menjaga stokis agen dan dropship – waktu inilah SAFIEY sangat pentingkan diri, selfish, kononnya nak bantu leader habiskan stok padahal dia bimbang stok yang ada padanya berlambak lagi takut tak habis.

14- Ini cerita kerugian lain – Oleh sebab Perlaking dah tak laku jadi leader yang baru stok semula barang mengalami kerugian yang banyak. Ada yang sedang rugi RM50,000 kerana stok tak laku, ada yang rugi RM18,000 bahkan yang paling sedih ada seorang ibu tunggal, saya tak nak mention nama demi menjaga dia, ibu tunggal ini telah kerugian sebanyak RM25,000! Kerana dia baru restok, dan terus berlaku isu di atas yang telah menyebabkan dia rugi kerana stok tak laku.Apabila minta penjelasan dari safiey, dimakinya dan dia telah left group kerana tak tahan dengan sikap SAFIEY.Waktu inilah SAFIEY keluarkan HOLOGRAM kononnya nak buat dakwaan bahawa yang ada hologram sahaja yang original – Safiey juga memaki seorang akak senior yang ada bisnes besar dalam group WhatsApp dengan dikatakan bodoh dan pemalas – conversation wasap ini saya ada bukti screenshot – memang mulut dia jahat dan celaka, suka maki hamun walaupun akak yang tua darinya.

Janji beri imbuhan kereta pada leaders, tetapi mungkir, sebaliknya dia beli kereta Mustang

15- Saya ringkaskan cerita – pada awal penglibatan leader, safiey berjanji akan memberikan REWARD kepada leader yang dapat buat jualan target – dalam kalangan leader ni kita ada top leader lebih kurang 8 ke 10 orang macam tu. Top leader ni mereka memang hebat, buat sale sampai juta-juta – tapi di akhirnya SAFIEY menipu, dia tak tunaikan reward yang sepatutnya diberikan. Kononnya nak bagi kereta berhaga RM 300,000 kepada leader yang buat sale paling besar, tetapi itu semua tipu alih-alih dia pula beli kereta MUSTANG baru, kepala hotak betol penipu. Semua reward yang dia janjikan semuanya tipu bahkan dia sendiri wujudkan fiitnah terhadap leader-leader yang top ini.

16- Selesai saya ceritakan bab penipuan SAFIEY ni semasa era PERLAKING, sebenarnya banyak lagi cerita tapi tak larat aku nak tulis semuanya walaupun apa yang berlaku masih segar dalam ingatan aku. Sekarang kalau korang semua follow dia , dia dah nak keluarkan produk baru pula.

Tipu lagi, buat duit mudah dengan mewujudkan ‘Krew Mustang Kuning’

17- Sebelum aku ceritakan bab produk baru yang akan dia keluarkan ni, ada lagi satu cerita yang aku nak beritahu.Si SAFIEY ni hari tu dia ada tawarkan kepada follower di untuk join team ataupun dipanggil sebagai KREW MUSTANG KUNING. Terhad untuk 1000 orang katanya. Jadi sesiapa yang nak join kena bayar yuran sebanyak RM120 dan dapat sekotak PERLAKING dan seminar percuma. Tetapi itu beberapa bulan yang lalu, sekarang dah masuk bulan berapa dah masih tak ada berita, ramai yang dah mesej dan tanya tapi dia buat senyap dan enjoy melancong ke luar negara.

18- Kamu semua bayangkan yuran RM120 nampak kecilkan? HELLO, dia nak 1000 orang, dan saya pasti 1000 orang tu dalam tangan. Cuba darabkan 120 dengan 1000? dia bodoh-bodoh dah dapat RM120,0000 WOI! – Dah dapat duit terus diam membisu, aku tahu sangat taktik dia nak dapat duit, dengan menggunakan followers yang masih kagum dengan dia tapi masih belum tahu perangai syaitan yang ada pada dia ni.

Modus penipuan Safiuddin, keluarkan produk baru apabila produk sebelumnya mula gagal

19- ok dah, sekarang aku nak cerita tentang produk baru yang bakal diletupkan seakan Perlaking.Nama produk baru yang bakal dikelaurkan oleh SAFIEY nanti ialah BABIES GLOW SKINWORKS yang dikatakan bakal dilancarkan minggu depan.

20 – Aku nak ingatkan korang semua, dia ni adalah jutawan kosmetik segera – iaitu letup 1 produk, dapat untung puluh-puluh juta pastu produk tu senyap tak ada dah, kemudian akan datang dia akan letup lagi produk baru then untung juta dan begitulah seterusnya. Inilah jutawan produk segera. Si Safiey ni perangai teruk dia org kenal masa zaman produk AURORA lagi, selepas itu Perlaking, kemudian nanti tunggulah kalau tak percaya BABI GLOW SKINWORK meletup pastu senyap balik.Tapi tak apa asalkan duit juta-juta masuk. Memang gitu jutawan kosmetik sangat senang buat duit sebab tu ramai jutawan segera kosmetik kat MALAYSIA ni. Perempuan Malaysia pula jenis suka try produk baru

Perguna nama Allah

21- Anda semua bayangkan, dalam FACEBOOK dia dan dalam seminar kami diajar bisnes kerana ALLAH dan nak redha ALLAH. Itulah yang diulang-ulang oleh dia, sampai sudah ulang. Tapi hakikatnya dia HIPOKRIT, bisnes kerana ALLAH apa bendanya kalau dia sendiri telah KHIANAT dan MENIPU kami semua sampai rugi puluhan ribu dan dia lari kan duit untung juta-juta?

22- Dahlah aku tak nak tulis dah penat dan sakit hati ni ha. Cuma aku nak beritahu kepada semua:

23- Aku dengan ini BERSUMPAH dengan nama ALLAH TAALA bahawa semua apa yang aku ceritakan di atas adalah benar dan sahih. Aku cerita ini pun bukan atas dasar nak serang peribadi tetapi aku nak elakkan dari masyarakat tertipu dengan teknik dan taktik bisnes SAFIEY ILIAS ini. Cukuplah bekas leader Perlaking rugi puluhan ratusan ribu ringit disebabkan penipuan dia, anda semua patut elak dari join apa-apa program bisnes di bawah dia.

24- Aku jujur kerana Allah nasihatkan kepada semua, jangan beli dan support produk baru yang bakal dia keluarkan. Dia dah terlalu hanyut dengan kemewahan yang ALLAH bagi.Walaupun dia selalu tayang dia derma pada anak yatim tetapi itu bukan alasan untuk kita menutup dan menidakkan segala penipuan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh dia selama ini. Kalian semua harus ajar dia, kerana yang berkuasa adalah kita semua.Tiada buyer maka tak ada orang nak beli produk dia, maka biarkan dia merasa rugi dan tak ada lagi untung juta-juta.

25- Kamu semua tengoklah sendiri Facebook dia, melancong ke luar negara berminggu-minggu hasil dari duit yang menipu semua orang. Adakah kamu semua sanggup melihat masyarakat kita diperbodohkan oleh jutawan selfish ini? Tolonglah sedar semua, yang kayanya adalah dia, yang join tu hanya taksub dengan kejayaan palsu dia tu.

Penutup

26- Akhir kata, aku berterima kasih kepada sesiapa yang dapat viralkan ini, jasa kalian hanya Allah yang dapat balas.Ini bukan hal aib-aib lagi ini soal penipuan yang boleh mudaratkan ribuan masyarakat di luar sana.

Satu lagi, kamu semua jangan mudah percaya kepada produk kosmetik walaupun ada kelulusan KKM. Ini kerana di MALAYSIA ni ada kilang-kilang yang memberi khidmat untuk sesiapa yang nak keluarkan produk sendiri tak kiralah produk skin care ke, pemutih ke semualah , anda hanya perlu bayar untuk pakej-pakej tertentu. Pengasas kosmetik ni kebanyakannya semua based atau bahan produk yang sama, mereka cuma tukar packaging dan selebihnya adalah kekuatan pada MARKETING, kalau marketing menjadi dan meletop maka juta-jutalah masuk akaun. Boleh tanya sendiri, jutawan-jutawan kosmetik segera ni, tanya mereka, di mana kilang sendiri yang hasilkan produk anda? Tunjuk alamat kilang dan sijil pengesahan bahawa kilang itu dimiliki oleh anda, mudah sahaja. Bersepah di luar sana keluarkan produk sendiri, padahal semuanya dari kilang yang sama sahaja.Tak percaya ke? Sila buat kajian.

Yang teraniaya,
Hamba yang hina, menegakkan yang haq dan hapuskan yang batil.

Semoga Allah membongkarkan segalanya.
wallahualam.

Untuk pengetahuan anda, sebelum Perlaking, Safiuddin pernah memasarkan produk suplemen Aurora, kemudiannya produk penjagaan kulit Wis Putih. Dua produk ini sudah tidak ada di pasaran.

Bagaimanapun sememangnya ada aduan dari para pembeli dan pemborong sebelum ini yang mendakwa ditipu, contohnya seorang pelanggan dari Brunei mendakwa kerugian ribuan ringgit kerana Safiuddin tidak menghantar produk yang dibeli kepadanya, manakala seorang lagi pemborong mendapati produk Wis Putih telah berkulat walaupun baru dibeli menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit. Kesahihan sebenar tidak dapat dipastikan.-amazingnara.com

Sumber: Ponzi Scheme Alert in Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...