Pelakon Tony Eusoff tampil menafikan bahawa dia adalah individu yang tular dalam rakaman video lucah yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Ditemui media, ramai yang sudah tertipu dengan video berkenaan dan menjelaskan rakaman itu adalah palsu.
Video itu palsu, saya akan abaikan perkara itu kerana langsung tidak memberi manfaat kepada saya. Orang yang sebarkan memang tidak bertanggungjawab, kalau nak cari orang bersalah adalah orang yang sebarkan video itu.
Ada rakan-rakan saya hantar video itu dan mereka menyokong saya dengan mengatakan video itu adalah palsu. Siapa yang percaya mereka memang tertipu, saya menafikan itu ialah saya. Malah, bekas kekasih saya pun tahu video itu palsu.
Ujarnya lagi, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah dirinya dan memaklumkan bahawa perkara itu sama sekali tidak menjejaskan nama baik dan kerjaya seninya.
Buat masa ini, perkara itu tidak menjejaskan nama baik saya pun. Kerana apabila saya bekerja, saya akan kerja dengan sepenuh hati.
Sebelum ini, kecoh di aplikasi media sosial X apabila tersebarnya sepotong video memaparkan seorang lelaki sedang beronani di atas katil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.