Penyanyi Ismail Izzani sememangnya menjadi pujaan ramai gadis. Pernah menjalin hubungan cinta dengan Instafamous Sharifah Rose, nama Ismail semakin dikenali di kalangan peminat hiburan tempatan terutamanya setelah terbabit dengan beberapa kontroversi baru-baru ini.
Hubungan Ismail dengan Sharifah Rose sebelum ini berakhir setelah Sharifah mendapati Izzani curang padanya dan ia bukanlah kali pertama. Sharifah mendakwa setelah dicurangi selama enam kali, dia nekad mengakhiri hubungan mereka.
Namun begitu di ruangan komen satu gambar yang dimuat naik oleh Ismail, Sharifah Rose telah meninggalkan komen memberitahu merindui Ismail.
Komen itu ditulis pada gambar Ismail yang menulis kapsyen bermaksud, ‘ikut kata hatimu’.
Sharifah menulis, ‘aku rindukanmu. Memang engkau (dalam hati) selama ini, kenapa kau pergi?’
Apa yang menarik komen Sharifah dibalas oleh Ismail, berkata, ‘hubungi aku bila-bila masa. Aku sentiasa ada di sini.’
Pertengahan tahun ini, hubungan Ismail Izzani dengan Sharifah Rose telah terputus setelah gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dicurangi sebanyak enam kali oleh penyanyi itu.
Sharifah kemudiannya mendakwa telah memaafkan Ismail manakala Ismail pula mengatakan tidak mahu menjalin hubungan cinta dengan sesiapa setelah putus dengan Sharifah kerana masih muda dan ingin menumpukan kepada kerjaya.
Salinan komen-komen mereka tersebar di Twitter namun ia kini telah dipadamkan oleh Ismail dan Sharifah. – beautifulnara.com
Sumber: Syfdnalias