Bekas Kekasih Ammar Alfian Akui Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – “Kita Rasa Dia Akan Lindung Dengan Cara Baik, Tapi…”

Hiburan

Bekas Kekasih Ammar Alfian Akui Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – “Kita Rasa Dia Akan Lindung Dengan Cara Baik, Tapi…”

Bekas kekasih Ammar Alfian iaitu Qhaisha telah meluahkan bahawa dia tidak dapat menjangka tindakan pelakon itu selepas dirinya memilih untuk mendedahkan sikap sebenar Ammar kepada umum.

Memetik laporan OhBulan!, Qhaisha berkata dia dilanda perasaan takut dan gementar sehingga tidak berani keluar bersendirian.

Advertisement

qhaisha ex ammar alfian

Ganggu kesihatan mental

Dia turut mendakwa masih terngiang-ngiang akan kata-kata berbaur ugutan yang pernah dilemparkan oleh Ammar sepanjang hubungan mereka selama setahun empat bulan.

Dari segi mental, saya tak okey. Saya sangat penat dan memberi kesan kepada tubuh badan saya. Saya tak tahu apa yang dia nak buat sekarang. Saya rasa gementar nak keluar seorang diri.

 

Kalau keluar pun, kawan-kawan yang akan ambil. Nak pandu sendiri pun susah sebab takut sangat dengan ugutan-ugutan yang pernah dia berikan.

 

Saya gembira juga sebab dapat sokongan penuh daripada keluarga, kawan-kawan dan kenalan di media sosial.

Ada mangsa lain

Dia juga mendakwa menerima mesej daripada beberapa wanita lain yang pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon tersebut.

qhaisha ex ammar alfian

 

Selepas saya kongsikan di media sosial, saya dengar macam-macam cerita pasal dia dari sebelum kewujudan saya.

 

Knowing that dia target wanita muda terutamanya macam saya 12 tahun lebih muda daripada dia. Mula-mula kenal rasa sweet sebab dapat boyfriend tua.

 

Kita rasa dia akan melindungi dengan cara yang baik tetapi how are you protecting me, in a way you hurting me.

Dalam pada itu, Qhaisha memaklumkan bahawa dia kini menantikan hasil siasatan pihak polis dan telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Terdahulu, pada Isnin, seorang wanita tampil mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan fizikal oleh Ammar ketika mereka menjalin hubungan, sambil mendedahkan beberapa foto yang menunjukkan kecederaan pada bahagian muka, leher, mata, dan tangan.

Bagaimanapun, pelakon berperwatakan sasa itu menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dirinya.

Ammar Alfian bersuara dakwaan pukul bekas kekasih
2 days ago

“Sebab Aku Besar, Muka Garang, Kau Gunakan Karakter Aku Untuk Kenakan Aku” - Ammar Alfian Respon Dakwaan Bekas Kekasih?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...