May 7th, 2013

Amboi macam pantun dua kerat pula tajuk artikel kali ini. Kesian pun ada jugak Abang Nara kat si Jimmy Shanley ini. Ingatkan kes dengan bekas isteri sudah selesai, rupa-rupanya hari Khamis ini terpaksa naik ke mahkamah lagi. Sedih tak sedih kan?

jimmy shanley

Sebelum ini, mahkamah memberikan Jimmy Shanley hak melawat anak hasil perkahwinan mereka iaitu Zahrah Rania Shanley. Kata Jimmy Shanley:-

Saya dimaklumkan Suhaila akan membuat tuntutan mahkamah sekali lagi berhubung isu hak penjagaan anak kami pada Khamis ini. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang perkara ini. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti.

Yang tambah menyedihkan ialah sehingga ke hari ini selepas keputusan mahkamah dibuat, Jimmy Shanley masih tidak dapat lagi bertemu anaknya. Tambah Jimmy lagi:-

Walaupun mahkamah memberikan tempoh tertentu untuk saya melawat Zahrah, saya masih lagi tidak diberikan peluang melihat anak saya itu. Saya tidak tahu apa yang cuba dilakukannya (Suhaila) dan tidak faham apa yang dirasakan tidak puas hati dengan keputusan yang diberi. Harap-harap kes pada Khamis ini tidaklah sampai ke tahap akan memutuskan perhubungan saya dengan anak, Insya-Allah

jimmy

Kepada Suhaila, janganlah memutuskan hubungan seorang ayah dan anaknya. Kalau dah sayang kepada bekas suami anda pun, anak anda masih deserve untuk mendapatkan kasih sayang seorang ayah. Kalau tak kasihan kepada bekas suami, kasihanlah kepada anak anda. Info asal Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...