Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bekas Isteri PU Abu, Hana Azraa Kongsi Rahsia Kekal Hubungan Baik Dengan Kedua-Dua Bekas Suami

hana azraa baik dengan bekas suami

Sesiapa yang mengikuti kisah kehidupan PU Abu Sufyan, pasti mengetahui bahawa lelaki itu telah terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak daripada tahun lepas lagi. Daripada penceraian kepada perkahwinan baru sehinggalah ke penceraian buat kali keduanya.

Hana Azraa yang kini merupakan bekas isteri pendakwah tersebut terus menjadi perhatian umum meskipun sudah mengesahkan bahawa dia bukan lagi isteri kepada PU Abu.

Advertisement

Terbaru, Hana yang juga usahawan itu mendedahkan bahawa dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang pertama seleas berpisah  tetapi tidak dapat dipastikan identiti sebenanya.

hana azra baik dengan bekas suami

Malahan bekas suaminya itu tidak segan membawa teman wanita kunjungi rumahnya bagi mengambil anak mereka untuk dibawa keluar dan bersiar-siar. Bukan sahaja baik dengan lelaki itu bahkan Hana menyatakan bahawa dia juga akrab dengan bekas keluarga mertua.

Bagi yang tidak mengetahui, Hana mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan pertamanya yang kini sudah berusia 4 tahun sebelum berkahwin dengan PU Abu.

hana azra baik dengan bekas suami

Advertisement

Menerusi perkahwinannya bersama pendakwah tersebut, Hana dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen

Usahawan kosmetik itu menambah bahawa dia tidak akan dapat hidup dengan bahagia sekiranya terus menanam perasaan benci terhadap orang lain.

Jelasnya, hubungan dengan kedua bekas suami perlu dijaga demi anak-anak yang tidak bersalah langsung sementelah orang dewasa memilih jalan untuk berpisah.

“Saya tak boleh pentingkan diri sebab akan beri kesan buruk. Jadi, buat masa kini saya jaga saja amanah Allah ini sebaik-baik mungkin.”

hana azraa pu abu

Hana juga bersyukur kerana dapat melihat anak-anaknya membesar di hadapan mata sendiri selain menjelaskan bahawa anak-anak kecil ini layak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. minah jambu say STAY AT HOME !!

    May 18, 2020 at 11:29 pm

    bertudung biasa aja suda lah yg nak tutop2 muka semua tu nak buat happe ! islam itu mudah yg nak buat susah tu kenape..janji tutop aurat ha sudah la..ni nape bukak ? dh rimas ?

  2. Melati putih

    May 18, 2020 at 8:30 pm

    Hilang dah purdah hr tu sakan sgt pakai…Allah dh byr sebab aniaya ain dulu

  3. Elliza Razak

    May 18, 2020 at 7:27 pm

    BUAT BEKAS BETINA MUSLIMAH JALANG INI, SEMOGA DIA AKAN BERTEMU JODOH DENGAN LELAKI IDAMAN YANG BUKAN SUAMI ORANG. AMIN.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama