Kecoh media hiburan Indonesia apabila bekas isteri kepada pelawak Sule, Nathalie Holscher dilaporkan sudah tidak mengenakan hijab setelah bercerai hampir setahun lalu.
Tindakan Nathalie itu ternyata telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen seberang kerana wanita itu sebelum ini bergelar mualaf dan telah membuang segala tatu di badan sebelum mendirikan rumah tangga bersama Sule.
Perkara itu telah membuatkan peminat tertanya-tanya apakah tujuan Nathalie bertindak demikian setelah dia dikenali dengan imej muslimah.
Ibu anak satu itu juga ada berkongsi video yang memaparkan dia sudah tidak mengenakan tudung dan tidak meninggalkan sebarang kapsyen di bahagian komen.
Sekadar info, Nathalie dan Sule telah bercerai pada Ogos 2022 dan semenjak itu, wanita berkenaan sering meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mantan suaminya itu.
View this post on Instagram
Malah, Nathalie baru-baru ini menyifatkan Sule sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab apabila dia dikatakan lebih mementingkan pekerjaan berbanding anak mereka yang jatuh sakit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.