Penyanyi Nubhan menegaskan bahawa beliau akan sentiasa menyokong apa sahaja keputusan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah, termasuk jika wanita itu berhasrat untuk menceburi bidang seni.
Menurut Nubhan, 39, beliau tidak pernah menghalang kerjaya atau cita-cita bekas isterinya sebelum ini, dan prinsip itu kekal walaupun mereka kini membawa haluan masing-masing.
Saya sentiasa menyokong sahaja apa yang dia nak buat.Dia jadi artis ke doktor ke apa sahaja.
Peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) itu berkata, kehidupannya selepas sah bercerai berjalan lancar, dan fokus utamanya kini adalah kerjaya, perniagaan serta anak-anak.
Kehidupan selepas bercerai, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya pun fokus dengan kerjaya, perniagaan, keluarga dan anak-anak.
Jadi, saya hanya pandang ke hadapan dan buat yang terbaik untuk diri saya dan juga sesiapa saja yang berharap kepada sayalah.
Mengulas mengenai perubahan rutin selepas perceraian, Nubhan mengakui hidupnya tidak banyak berubah kerana tanggungjawab hariannya tetap sama seperti sebelum ini.
Beliau kini sibuk dengan GV12 dan mengakui belum dapat menjangka arah tuju karier seninya selepas program tersebut.
Sekarang saya pun dah sibuk dengan Gegar Vaganza dan karier seni saya pun saya tak tahu nak jangka lagi. Cuma saya buat apa yang terbaik.
Sekiranya karier nyanyian saya kembali, saya harus fokus juga pada karier seni dan pada masa sama perniagaan saya akan diteruskan seperti biasa, insya-Allah,
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah sah bercerai talak kedua pada 2 Disember lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata ,Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
