Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak – “Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah, Lepastu ‘Report’ Polis”

Kehidupan

Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak – “Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah, Lepastu ‘Report’ Polis”

Tular sebelum ini mengenai kisah seorang wanita bergelar ibu tunggal yang ‘menyerang’ majlis perkahwinan bekas suaminya bagi tujuan menanda tangani surat tuntutan nafkah yang diabaikan sebelum ini.

Bekas suami wanita itu yang dikenali sebagai Wan kemudiannya tampil menjelaskan mengenai isu itu namun dikecam netizen.

Advertisement

Pengantin Lelaki ‘Viral’ Tak Bayar Nafkah Anak Buat Video Penjelasan – “Saya Tak Pernah Culas!”

Menurut Wan, dia tidak pernah mengabaikan nafkah dua orang anaknya meskipun sudah bernikah buat kali kedua selain telah membuat laporan polis berhubung ‘pencerobohan’ yang dibuat bekas isteri.

Terbaru, bekas isteri Wan, Nurin tampil menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menuduhnya melarang Wan untuk berjumpa anak mereka.

Menurut Nurin, dia pernah menghantar anak mereka yang masih bayi namun tidak diterima Wan dan keluarga.

Malah, anak mereka dirakam terbiar dan tertidur di luar rumah.

anak terbiar

Meskipun sudah lama perkara itu berlaku, namun gara-gara kehangatan kes itu, Nurin memuat naik kembali foto anaknya yang diabaikan bekas suami bagi tujuan penafian.

Dia juga turut mendakwa bekas suaminya telah berlaku curang dengan isterinya kini ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengantin lelaki viral
2025-10-07 18:37:31

Pengantin Lelaki 'Viral' Tak Bayar Nafkah Anak Buat Video Penjelasan - "Saya Tak Pernah Culas!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...