Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih, Keith Foo Tak Kisah,-“Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah..”

Hiburan

Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih, Keith Foo Tak Kisah,-“Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah..”

Kini bergelar duda anak satu, pelakon Keith Foo memberitahu hubungan dia dan bekas isteri, Kim Raymond tetap baik dan harmoni.

Keith FooSumber : Kosmo Online  

Yang menjadi keutamaan buat mereka berdua kini adalah kebahagiaan anak sulung, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

Advertisement

Meskipun begitu, Keith Foo mengakui dirinya berasa sedikit sunyi tanpa kehadiran isteri namun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Cumanya, dia masih belum bertemu calon yang sesuai untuk dijadikan isteri.

View this post on Instagram

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

“Saya tidak boleh tipu, rasa sunyi memang ada. Maklumlah, dulu sewaktu bangun tidur, anak di sebelah dan dia sentiasa di rumah. Sekarang semuanya sudah berubah. Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula.”

Khabarnya, kini, bekas isteri Keith Foo dalam proses mengenali seseorang yang baru. Namun bagi pelakon yang namanya mula meningkat naik sejak membintangi drama Ariana Rose ini, dia memilih untuk bersikap terbuka mengenai perkara itu.

View this post on Instagram

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

Kata Keith Foo lagi, dia berasa gembira dengan siapa pun pilihan hati bekas isterinya itu. Tambahnya lagi, jikalau Kim ingin keluar berjumpa kekasih hati, dia sangat menggalakkan dan tidak kisah untuk menjaga anak mereka di rumah.

“Saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymong tetap okay walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri.”- Keith Foo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...