Datuk Adi Putra, 36, pernah berkahwin dengan dua orang wanita, salah seorangnya Norshahida Zolkifly, 34, namun telah bercerai dengan dua wanita itu.
Terbaru, bekas isteri kedua Adi telah membuat laporan polis di Seremban, mendakwa Adi pernah memalsukan sijil nikah membabitkan dirinya dan pelakon itu pada awal Januari lepas untuk urusan visa dan perniagaan luar negara.
Sebanyak dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Nilai berkenaan perkata itu pada 30 November lepas untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Norshahida membuat laporan polis tersebut untuk mengelakkan namanya terbabit dalam sebarang urusan perniagaan Adi yang nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim.
Kata Norshahida, Adi telah mengubahsuai sijil nikah dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan nama Norshahida dalam sijil nikah tersebut.
Saya membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah guna untuk tujuan lain.
Norshahida memberitahu dua tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua tidak sah pada Julai untuk mengelakkan berlaku pergolakan rumah tangga antara mereka berdua.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. via Utusan Online