Bekas Isteri Dedah ‘Sisi Gelap’ Abang Santan, Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin – “Dia Bangga..”

Kehidupan

Bekas Isteri Dedah ‘Sisi Gelap’ Abang Santan, Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin – “Dia Bangga..”

Media sosial sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kes kecurangan yang melibatkan seorang peniaga santan yang dakwaan menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa wanita yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh.

Menerusi akaun Facebook milik seorang wanita yang kini bekas isteri kepada peniaga santan tersebut, dia mendedahkan suaminya, yang dikenali sebagai ‘Abang Santan’, telah menceraikannya ketika dia masih berada dalam fasa pemulihan selepas bersalin selama 42 hari.

Advertisement

abang santan curang

Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata mengeji perbuatan lelaki itu.

Pernah langgan perempuan, tak berubah lepas kahwin

Menjengah ke sebuah komen yang ditulis oleh wanita itu, dia mendakwa peniaga santan itu sudah pernah melanggan perempuan sejak dari sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Menurutnya, walaupun sudah mempunyai seorang isteri yang halal dan dikurniakan dengan zuriat, sikap tersebut masih tidak berubah sampai ke hari ini.

Bukan tengok je, langgan juga dan dia bangga zaman sebelum kahwin begitu dan tak berubah masih sama lepas kahwin.

Lebih menyedihkan, dia bukan sahaja dituduh malas masak dan tidak melayani suami, malah lelaki itu turut menghina anggota tubuhnya dan menyifatkan dia sebagai alasan dia hilang keinginan bersama.

Alasan sebab saya ni isteri malas masak, tak hormat dia dan tak layan dia dengan baik. K*r*ng saya busuk dia cakap. Tak ada nafsu dengan isteri.

abang santan curang

 

Menjengah ke komen-komen lain yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata orang ramai menghina lelaki itu dan mereka berharap agar wanita itu kekal tabah dalam meneruskan kehidupannya selepas ini.

2 days ago

Kecoh! Tular Kisah 'Abang Santan' Curang Ketika Bini Dalam Pantang - "Kali Ini 'Taste' Janda 'Vintage' Pula"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...