Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga

Hiburan

Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga

Baru-baru ini kecoh apabila Imam Muda Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya iaitu Nur Hidayu selepas menikah dengan isteri kedua.

Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah apabila lelaki itu bukan sahaja meninggalkan Nur Hidayu bersama lima anak mereka, bahkan dia turut dikatakan tidak menyediakan nafkah yang mencukupi.

Advertisement

imam muda faris

Nur Hidayu turut mendedahkan bahawa Syed Faris ada berkata yang dia akan mengambil kelima-lima cahaya mata mereka sekiranya dia mahu berkahwin lain.

Tak cukup dengan itu, pendakwah tersebut ada memberitahu teman rapatnya bahawa tiada siapa yang akan sanggup memperisterikan janda anak lima seperti bekas isterinya. Dakwa Nur Hidayu lagi, Syed Faris menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui segala gerak gerinya.

Jelas guru tadika itu, bekas finalis Imam Muda itu mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program tersebut pada 2014.

Tidak mahu menceritakan hal kepincangan rumah tangga kepada orang, Nur Hidayu mendedahkan bahawa dia turut merahsiakan hal tersebut daripada ibunya sendiri.

Bukan itu sahaja, pendakwah tersebut turut memandang remeh terhadap hal pemberian nafkah sehingga Nur Hidayu dan lima anaknya hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

imam muda faris cerai isteri pertama

Selepas melalui saat yang menyedihkan itu, Nur Hidayu tidak betah dan terus melepaskan segala rahsia yang sudah lama dipendam kepada ibunya.

“Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.”

Selepas berfikir secara waras, Nur Hidayu lebih sanggup kehilangan suami daripada ibunya sendiri.

Lebih mengejutkan kerana bagi menutup kisah pergolakan rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum, Syed Faris dikhabarkan sanggup meminta Nur Hidayu menandatangani perjanjian hitam putih untuk memastikan perkara itu dirahsiakan.

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris malu jika kisahnya tersebar.”

Meskipun pada awalnya nekad mahu menutup hal dalam kain suami, namun Nur Hidayu nekad mendedahkan segalanya selepas Syed Faris sanggup menghalaunya daripada rumah sewaktu tempoh PKP.

Apabila dilayan sebegitu rupa oleh bekas suami, tiada apa lagi yang boleh dipertahankan oleh Nur Hidayu.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa.”

Mengenai hal nafkah pula, Syed Faris ada menyediakannya namun jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menanggung lima anak yang masih kecil. Dengan menyediakan RM500 sebulan, bermakna setiap anak hanya ditanggung sebanyak RM100 oleh pendakwah itu.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan. Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil.”

Akhir kata, Nur Hidayu menjelaskan bahawa dia bukan mahu membuka aib rumah tangga namun ia merupakan salah satu perjuangan bagi ibu tunggal yang teraniaya sepertinya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...