Sebelum ini, bekas madu kepada pelakon Miera Leyana, Adibah Mutalib memaklumkan dia telah dianugerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya oleh mahkamah setelah berjuang selama hampir dua tahun.
Adibah menerusi media sosial Facebook menguar-uarkan berita gembira itu dan turut mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak sangka rumah tangga yang dibina selama 28 tahun akhirnya berakhir.
Terbaru, rakan kepada Adibah yang dikenali sebagai Mona Din ada menulis kenyataan panjang lebar mengenai perjuangan wanita itu dianggap telah dianiaya oleh bekas suami.
Saya adalah antara insan yg involved sepenuhnya dlm pergolakan kes beliau, sebaik berita kcurangan & pnikahan ex-nya berlaku.
Saya menjadi saksi melihat apa saja yg ‘satu fake account’ cuba menganiaya Adeeb (Adibah) . Dia komen di foto2 Adeeb, sambil tulis tak tahu bergaya, pakai skirt kembang macam makcik kampung, sebab tu suami cari lain, dan macam2 lagi posting jahat, yg cuba memalukan adeeb, menjatuhkn maruah adeeb sebagai wanita, isteri dan ibu.
Dan saya masih ingat hampir selang sehari meeting, berjumpa di pejabat Peguam saya, Akmal SK, merujuk pihak2 agama mencari bukti, hingga akhirnya macam2 dokumen kami jumpa, yang mengesahkan berlakunya #poligamiscam.
Malah menurut Mona Din lagi, bekas suami yang kini suami kepada pelakon Miera itu lagi sudah diisytiharkan muflis dan ditahan dari keluar negara.
Terdahulu, Pada 25 Julai 2020, Miera Leyana telah melangsungkan perkahwinan dengan Rosland Othman dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Rosland yang pada ketika itu masih bergelar suami kepada Adibah telah menceraikan isteri pertama pada Ogos 2023 setelah lebih dua dekat berumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.