Baru-baru ini, seorang wanita, Siti Marissa Hussin yang didakwa merupakan bekas isteri kepada suami Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin tampil mendedahkan bahawa lelaki itu enggan menceraikan isterinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story Zehra, Marissa mendakwa bahawa proses penceraian yang sepatutnya berlaku secara ‘fast track’ tidak dipersetujui oleh Iqwan.
Suami buat khuluk
Difahamkan, lelaki itu lebih memilih untuk menggunakan khuluk sebagai jalan penyelesaian.
Kalau dia buat nusyuz pun tak akan berjaya, mengikut bukti yang sedia ada. Sepatutnya hari ini (semalam) mereka bercerai secara fast track tapi tak dipersetujui oleh sang suami. Dan sang suami pula buat khuluk.
Selain itu, wanita itu turut mendakwa bahawa selepas Iqwan dan Zehra berkahwin, banyak perkara yang berlaku termasuklah pelbagai fitnah yang didakwa dilakukan oleh lelaki berkenaan.
Terlalu banyak sangat berlaku selepas mereka berkahwin, pelbagai fitnah oleh lelaki ini yang mengada-adakan cerita.
Pelbagai laporan polis dia dah buat kepada saya yang saya sendiri tak tahu kenapa.
Jangan sakiti hati wanita
Menerusi hantaran yang sama, Marissa menegaskan bahawa niatnya bukanlah untuk mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu namun, dia hanya mahu memberikan peringatan agar lelaki tersebut tidak terus menyakiti hati wanita lain.
Ramai tanya saya, betul ke nak tolong Zehra? Satu je, saya bukannya nak cerita apa-apa pun mengenai rumah tangga mereka tetapi saya nak cakap kepada suami dia ni, ‘cukup-cukuplah’. Jangan dera lagi perasaan perempuan, macam apa yang kau dah buat kepada aku.
Jangan sakitkan hati perempuan lagi dah, aku tolong sebab aku rasa apa yang dia rasa dan lebih lama daripada dia. Kalau kau nak anak kau membesar dengan cara baik, mental ibu dia kena baik. Cukuplah anak-anak lelaki yang ada yang membesar dalam keadaan yang sangat kasihan.
Nasib baiklah aku ni senang nak maafkan orang. Hari-hari aku mendoakan kau berubah, Allah lorongkan hati dia balik kepada Allah.
Sebelum ini, suami Zehra memaklumkan bahawa isterinya bakal memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadapnya dalam masa terdekat.
Namun, Iqwan hadir ke mahkamah untuk memfailkan nusyuz bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang didakwa ada gangguan orang ketiga.