Baru-baru ini, tular satu berita mengenai wang nafkah yang diberikan oleh ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin kepada bekas isteri, Emilia Hanafi untuk menampung tiga orang anak mereka hanyalah sebanyak RM6000.
Bukan saja perlu menanggung tiga orang anak yang kini berusia 17, 12 dan 10 tahun sendirian, malah SM Faisal dikatakan tidak memberi tempat tinggal buat mereka.
Kerana keadaan yang gawat, Emilia terpaksa menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging, jeli dan kek bagi menampung kehidupan serta perbelanjaan sekolah anak-anak.
View this post on Instagram
Perkongsiaan ibu tunggal itu telah mendapat perhatian dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan SM Faisal berbuat sedemikian.
Bagaimanapun, terbaharu, ahli perniagaan tersebut ada memuat naik foto di Instagram untuk menunjukkan hadiah diberikan olehnya buat ketiga-tiga orang anak dan ia merupakan gadget berjenama Apple memandang anak-anak sudah meningkat ke usia remaja.
Gambar hadiah yang diberikan oleh SM Faisal itu seperti jawapan untuk menafikan bahawa beliau tidak endahkan anak-anaknya selepas kali terakhir memuat naik hantaran pada tahun 2020.