Bekas Isteri Dai Farhan Penat Balas Mesej Lelaki, “Tak Semua Mampu Jadi Pasangan Saya..” – Dr. Erin

Hiburan

Bekas Isteri Dai Farhan Penat Balas Mesej Lelaki, “Tak Semua Mampu Jadi Pasangan Saya..” – Dr. Erin

Bekas isteri kepada penceramah bebas Da’i Farhan yang pernah hebat dilanda kontroversi suatu ketika dahulu, Noorainul Naqim Mohd Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Dr Erin meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut.

Menurut Dr Erin,40, ramai lelaki tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga dalam hidupnya.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut mengatakan bahawa dirinya sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang berniat mahu mengenalinya dengan lebih rapat menerusi laman sosial.

Dia yang memuat naik luahan rasa di ruangan Instagram miliknya itu  turut meminta individu di luar sana supaya membatalkan niat untuk melamarnya dan menasihati mereka supaya lebih baik mencari wanita yang belum berkahwin ataupun ibu tunggal yang kurang tanggungjawab untuk dipikul.

Dr Erin mengakui bahawa kemewahan yang dinikmatinya kini memerlukan dia memikul tanggungjawab lebih besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja di bawahnya.

 

“Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi. Jadi takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan mental saja mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya,”

Sehubungan dengan itu, Dr Erin turut meminta lelaki di luar sana supaya berhenti melakukan panggilan video di Instagram kerana dia tidak akan memberi respon terhadap permintaan itu.

Mengimbas kembali, Erin telah bernikah dengan Da’i Farhan,30, ketika berada di Makkah pada November 2019 yang lalu. Namun, mereka berdua sudah dilaporkan bercerai pada April lalu. Ibu tunggal kepada 8 orang anak itu mendapat tumpuan masyarakat apabila dikatakan menjadi punca rumah tangga Da’i Farhan dan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain berpecah belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...