Penyanyi dan usahawan, Dato’ Fazley Yaakob menegaskan bahawa pemakaian tudung adalah hak peribadi setiap individu dan tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai seseorang.
Ujar Fazley, 47, ketika ditemui di majlis pelancaran menu ‘Flavour Kahwin’ bersama Sushi Plus di Kuala Lumpur,
Bertudung itu pilihan masing-masing. Apa pun yang Azrene buat, saya akan tetap sokong dan sentiasa ada di sisi dia.
Menurut pelantun lagu ‘Asmara’ itu, keputusan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz, untuk tampil tanpa hijab bukanlah perkara mengejutkan kerana beliau sudah mengenali sikap Azrene sejak awal perkahwinan mereka lagi.
View this post on Instagram
Jelasnya,
Orang nampak benda ini baru, tapi sebenarnya Azrene memang begitu dari dulu. Kita tak boleh nilai baik buruk seseorang hanya berdasarkan penampilan.
Tambah Fazley, walau apa keadaan sekalipun, dia tetap berjanji akan melindungi dan berada di sisi bekas isterinya hingga akhir hayat.
Terdahulu, penampilan Azrene tanpa hijab dalam sebuah temu bual gaya hidup mencuri perhatian netizen. Untuk rekod, pasangan ini bercerai pada tahun lalu selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata.