Bekas Isteri Berubah Setelah Mula Bekerja Sebagai Pramugari, Idzham Ismail Reda Dengan Perceraian – “Saya Manusia, Bukannya Malaikat”

Hiburan

Bekas Isteri Berubah Setelah Mula Bekerja Sebagai Pramugari, Idzham Ismail Reda Dengan Perceraian – “Saya Manusia, Bukannya Malaikat”

Pelakon Idzham Ismail memaklumkan dia baru sahaja disahkan bercerai dengan isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin, hari ini.

Menurut Idzham yang ditemui media, Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mengesahkan lafaz cerai yang dilakukan oleh pelakon itu pada awal Oktober lalu.

Advertisement

Kongsi Idzham lagi, bekas isterinya itu dikatakan mula berubah sikap setelah diizinkan bekerja sebagai pramugaris sehingga berbalah sejak Jun lalu.

Saya kecewa apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia mula berubah.

Sudah berbulan-bulan saya cuba memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah awal Oktober saya terlafaz cerai. Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan.

Ujarnya lagi, berkemungkinan tiada peluang buatnya untuk berbaik dengan bekas isteri dan anak-anak mereka pula kini berada di bawah jagaannya.

Sekadar info, Idzham dan Abilah telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azwan ali private party
2 months ago

"Saya Langsung Tak Berkudis" - Azwan Ali Tak Kisah Dikecam Gara-Gara Berpakaian Wanita Di 'Private Party'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...