Bekas Guru Ganti Dapat Hadiah Lebih RM 100,000 Daripada Anak Murid Sempena Hari Jadi

Kehidupan

Bekas Guru Ganti Dapat Hadiah Lebih RM 100,000 Daripada Anak Murid Sempena Hari Jadi

Salah satu tanda penghargaan daripada anak murid yang boleh diberikan kepada guru ialah dengan mengingati dan boleh memberikan ‘sesuatu’ yang berharga kepada mereka.

Begitulah yang terjadi terhadap seorang bekas guru ganti di California dimana dia menerima satu hadiah istimewa iaitu cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200), lapor fox29.com.

Advertisement

Jose Villarruel yang lebih gemar dikenali sebagai Mr. V yang hanya tinggal dalam kereta sejak Mei tahun lalu telah berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu. Namun, dia telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya kerana sekolahnya  telah melaksanakan pembelajaran secara online tahun lalu.

Steven Nava,21, yang merupakan bekas anak muridnya terserempak dengannya minggu lalu dan masih mengenalinya. Dia sering melihat gurunya itu hampir setiap hari dan bercadang ingin mengetahui tentang perkembangan gurunya itu.

Dia teringat yang gurunya itu sering membantunya selama dia dalam pengajian.

Jadi, dia memberikan hadiah berjumlah AS$300 (kira-kira RM1,235) kepada gurunya dan bercadang untuk mencari dana lain melalui GoFundMe untuk membantu gurunya meneruskan hidup.

Dia berkongsi di semua media sosial dan tular di TikTok dengan mendapat lebih 1.7 tontonan. Hasil kutipan dana itu, Villarruel mendapat cek beserta dengan hadiah lain sempena hari jadinya.

Kuasa media sosial begitu luas dan ianya perlu digunakan untuk tujuan kebaikan. Villarruel merasa ianya mimpi namun tetap gembira atas pemberian daripada anak muridnya itu.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...