Bekas Finalis Masterchef Malaysia Dan Suami Didakwa Bunuh Pembantu Rumah

Berita

Bekas Finalis Masterchef Malaysia Dan Suami Didakwa Bunuh Pembantu Rumah

Baru-baru ini, bekas finalis Masterchef Malaysia 2012 dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di sebuah kondominium pada tarikh diantara 10 Disember hingga 13 Disember lalu.

Bukan sahaja finalis Masterchef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang tertuduh, malah suaminya Mohammad Ambree Yunos juga turut berdepan dengan pertuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dimana boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Advertisement
Masterchef malaysia Etiqah Siti bunuhSumber : BFM News 

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun itu bagaimanapun tidak mengambil sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari depan.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin di kondominium di Jalan Lintas Lido, Sabah.

Difahamkan melalui laporan BFM News di Twitter, suami isteri ini ditahan pada 14 Disember lalu sehari selepas mereka membuat laporan terjumpa pembantu rumahnya di lantai rumah selepas pulang dari bercuti di Kundasang, Ranau.

Budak duduk bawah treler
11 bulan lalu

Video Kanak-Kanak 'Selamba' Duduk Bawah Treler Sambil Hayun Kaki, Netizen Bengang Perakam Tak Tegur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...