13 musim berlangsung, 13 juara dinobatkan, kini Akademi Fantasia akan kembali dengan AF Megastar. Namun begitu hanya 8 juara AF musim terdahulu akan berentap di dalam program realiti yang akan bersiaran mulai September ini. Bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016). Jumlah peserta yang akan turut serta dalam program ini ialah 24 orang.
Sudah pasti AF Megastar ini akan membuatkan para peminat program realiti ini teruja. Peserta-peserta lain yang bakal terlibat ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016). Semuanya memang power-power belaka. Pasti persaingan akan menjadi sangat sengit.
Secara jujur Abang Nara agak kecewa kerana ketiadaan Mawi. Sudah pasti AF Megastar akan kurang serinya. Namun para peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya. Sama-sama kita nantikan siaran AF Megastar kelak. Confirm meletup punyalah. Sumber Berita Harian.