Kenyataan daripada Ketua Kontinjen Malausia (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini mendapat perhatian bekas atlet negara.
“Kalaulah dia tahu betapa susahnya…”
Nurul Fatiha Abd Hamid yang merupakan bekas atlet gimnastik negara meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Hamidin sebelum ini berkenaan kritikan netizen tentang pakaian rasmi kontinjen di Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kalaulah dia tahu betapa susahnya untuk mendapat tempat ke Olimpik. Kalaulah dia tahu betapa susahnya atlet berlatih, pengorbanan mereka, kecederaan, korban masa dan jauh daripada keluarga hanya untuk jadikan impian mereka satu kenyataan.
Ambil peluang untuk hargai titik peluh atlet
Kata Fatiha, sepatutnya pihak Hamidin mengambil peluang ini untuk memberikan yang terbaik sebagai tanda menghargai usaha titik peluh atlet yang penat berlatih demi negara.
Tambahnya, setiap atlet mengimpikan untuk menyertai Olimpik tetapi tidak semua bertuah namun atlet sentiasa memberikan yang terbaik untuk membanggakan negara.
Kalau dia tahu, hanya atlet terbaik sahaja yang berjaya sertai. Dia tak akan cakap macam itu. Saya tidak terkata (selepas membaca kenyataan Hamidin).