Mereka yang sudah berkahwin pastinya tak boleh melupakan detik-detik pada hari perkahwinan berlangsung. Tapi bagi pasangan ini, hari perkahwinan mereka ini pastinya akan turut menjadi ingatan tetamu-tetamu mereka gara-gara terpaksa bernikah di dalam gelap.
Dengan bantuan daripada cahaya telefon bimbit tetamu yang hadir, pasangan pengantin ini selamat disatukan di kediaman mereka. Bekalan elektrik yang terputus disebabkan gangguan yang berlaku sebanyak dua kali di kediaman terletak di Bagan Datok, Perak ini.
Pihak TNB dah keluarkan maklumkan notis gangguan bekalan gangguan elektrik pada tarikh keesokan hari dari majlis berlangsung. Tapi tak sangka gangguan bekalan elektrik berlaku lebih awal dari sepatutnya.
Lampu terpadam
Pada malam tersebut, gangguan bekalan elektrik berlaku semasa pengantin perempuan ingin menandatangani borang nikah. Walaupun suasana majlis berada dalam keadaan gelap, para tetamu bergabung tenaga memberikan bantuan cahaya dari telefon pintar masing-masing.
Selepas bantuan elektrik pulih, mereka bergegas melakukan sesi menangkap gambar di pelamin kerana bimbang bekalan elektrik akan terputus sekali lagi. Sangkaannya tepat apabila gangguan kedua berlaku sekali lagi semasa mereka sedang bergambar. Namun mereka berasa lega segalanya sudah selamat dijalankan dan majlis juga sudah hampir selesai.
Sebelum ini, gimik menaiki ambulans yang dilakukan oleh sepasang pengantin ini viral di media sosial dan turut mendapat kecaman dari netizen. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Gimik Pengantin Naik Ambulans, Pengarah KKM Jelaskan Itu Adalah Ambulans Swasta