Masalah bekalan air sudah tidak asing lagi bagi rakyat di Selangor acap kali isu ini timbul pada saban tahun. Antara punca yang menyebabkan ianya terus berlaku adalah kerana berlakunya pencemaran sumber air mentah.
Baca : Masalah Air Di Selangor Ini Senarai Gangguan Bekalan Air Yang Pernah Berlaku Sepanjang Tahun 2019
Laporan tentang gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat telah dikeluarkan. Ekoran makluman mengenai pencemaran bau di sumber air mentah sungai Selangor semalam.
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memaklumkan untuk menghentikan operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor dan Rantau Panjang pada Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 (LRA SP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3).
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Abdul Halem Mat Som, operasi akan dihentikan pada jam 7 petang selepas tahap pencemaran bau telah diratakan pada dua tan di empat loji rawatan air yang tercemar.
Pengguna juga telah diingatkan untuk menggunakan air secara bijak.
Terkini, Air Selangor telah memaklumkan bahawa loji-loji rawatan air yang terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Selangor itu telah kembali beroperasi seperti biasa.
Pihak kami mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air serta meminimakan impak gangguan.
Air Selangor sangat menghargai kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak mereka akan segera memaklumkan perkembangan terbaru kepada pengguna yang terjejas dari semasa ke semasa.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang bekalan air dengan memuat turun aplikasi “Air Selangor” di telefon pintar masing-masing.