Bekalan Air : Daerah Shah Alam, Klang & Kuala Langat Hadapi Gangguan Bekalan Air Selama 72 Jam

Trending

Bekalan Air : Daerah Shah Alam, Klang & Kuala Langat Hadapi Gangguan Bekalan Air Selama 72 Jam

waterBeberapa kawasan di Shah Alam, Klang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sehingga 72 jam pada 30 April ini.

Ia berikutan kerja-kerja menambah baik sistem agihan, penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan bekalan itu oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), lapor portal FMT.

Advertisement

Bagaimanapun, segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian yang bermula dari jam 4 pagi hingga 8 malam itu dengan segera, kata SYABAS menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

“Demi meminimumkan kesulitan kepada pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara, Syabas akan menghantar Notis awal ke premis yang terlibat, menghantar Notis melalui kumpulan “Whatsapp”, Twitter (puspel), Facebook (puspel), laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” serta menyediakan penghantaran khas bekalan air ke hospital, pusat dialisis dan pelanggan kurang upaya,” kata kenyataan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.