Berita gembira buat penduduk yang mengalami masalah gangguan air kerana kesemua 31 kawasan berkenaan telah pulih sepenuhnya pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata pihaknya berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh berkenaan.
“Air Selangor ingin memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera”.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.
Gangguan bekalan air terjadi akibat kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac.