Bekal Senjata Api Kepada Warga Isra*l, Sharifah Farha Minta Polis Rahsiakan Dari Suami

Berita

Bekal Senjata Api Kepada Warga Isra*l, Sharifah Farha Minta Polis Rahsiakan Dari Suami

Seorang pegawai polis mendedahkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa tertuduh, Sharifah Faraha Syed Husin, 42, pernah meminta agar suaminya tidak diberitahu mengenai penemuan sepucuk pistol di dalam kereta mereka ketika pemeriksaan dijalankan tahun lalu.

Sharifah Farha

Advertisement

Sharifah meminta saya tidak memberitahu pasangannya (mengenai pistol), dengan alasan senjata api itu sepatutnya sudah diserahkan kepada pembeli dan hanya dia sahaja yang tahu mengenai barangan itu.

Khairulazizi memaklumkan, beliau bersama pasukan JSJ Bukit Aman dan IPK Selangor menjalankan operasi di Kuala Selangor pada 29 Mac 2024 untuk menahan suami tertuduh.

Selepas tangkapan, polis ke sebuah rumah bagi pemeriksaan lanjut, dengan Sharifah Faraha turut mengikuti menaiki kereta sama dan menyerahkan sendiri kunci serta membuka beg hitam yang berisi pistol selepas waktu berbuka puasa.

lelaki warga israel

Sharifah Faraha sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER di sebuah rumah di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 8 malam, 29 Mac 2024.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Suaminya, Abdul Azim Mohd Yasin, 44, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 9 akta sama pada 5 Jun 2025.

Kes ini turut dikaitkan dengan seorang warga Israel, Avitan Shalom, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang pada Februari lalu selepas mengaku bersalah memiliki 200 peluru dan enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fadhlina sidek azhar sulaiman
2025-10-15 09:42:10

"Tak Patut Salahkan Fadhlina Sidek, Semua Dah Buat Yang Terbaik" - Azhar Sulaiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...