“Begitu Lah” – Cik Epal Sokong Pesanan Nafkah Anak Kekal Tanggungjawab Bapa Kandung

Trending

“Begitu Lah” – Cik Epal Sokong Pesanan Nafkah Anak Kekal Tanggungjawab Bapa Kandung

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal, sekali lagi menarik perhatian selepas berkongsi semula satu ciapan Threads yang menyentuh isu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak selepas berlaku penceraian.

Dalam hantaran tersebut, penulis asal menegur sikap segelintir lelaki yang enggan menanggung nafkah anak dengan alasan bekas isteri bekerja atau sudah berkahwin lain.

Advertisement

cik epal perli jofliam

Antara isi penting yang ditekankan dalam ciapan itu ialah,

  1. Nafkah dan perbelanjaan anak kekal menjadi tanggungjawab bapa kandung walaupun bekas isteri mempunyai pekerjaan.

  2. Nafkah anak tidak akan bertukar menjadi tanggungjawab bapa tiri apabila ibu mereka berkahwin semula.

Malah, ciapan itu turut memetik alasan yang sering digunakan oleh segelintir lelaki — “Kenapa saya nak kena tanggung nafkah anak lagi? Dia kan dah kahwin dengan lelaki lain.”

Cik Epal kemudian repost ciapan tersebut di platform media sosialnya dengan kapsyen ringkas, “Begitulah”, seolah-olah menyokong penuh mesej yang disampaikan.

Tindakan Cik Epal itu menerima banyak reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ramai memuji usahawan itu kerana turut sama mengingatkan masyarakat tentang pentingnya seorang bapa menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap anak walaupun sudah berpisah dengan pasangan.

2025-09-14 17:18:06

"Selain Bubble, Itu Juga Bebal" - Cik Epal Perli Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...