Beg Tangan Kena Ciplak, Christy Ng Dah Sampai Tahap Antarabangsa?

Hiburan

Beg Tangan Kena Ciplak, Christy Ng Dah Sampai Tahap Antarabangsa?

Rakyat Malaysia sememangnya power bab-bab ciplak dan cetak rompak ini. Salah satu barangan yang sering ditiru dan dijual kembali dengan harga murah (tapi kualiti hancur) ialah beg tangan. Kalau pergi pasar malam, kedai second hand atau kedai bundle, memang bersepah beg-beg international seperti Chanel, Dior, Louis Vutton, YSL, Carlo Rino dan LongChamp yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

christy ng

Advertisement

Terbaru, Christy Ng, seorang anak jati Malaysia yang cukup popular dengan beg tangan keluarannya turut sama menjadi mangsa cetak rompak.  Untuk makluman, pada tahun 2018, Christy Ng telah bekerjasama dengan Yunalis Zarai untuk menghasilkan koleksi beg tangan “Yuna x Christy Ng“. Memang laku macam pisang goreng panas sebab rekaannya yang memukau dengan kualiti yang tinggi pada harga amat berpatutan.

christy ng

christy ng

christy ng

Pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini telah meniru rekaan luar beg tangan “Yuna x Christy Ng” ini dan menjualnya pada harga yang amat murah. Namun perlu diingatkan, kualitinya sudah pasti tidak sama dengan produk asli. Memang teruk sangat-sangat. Dalam gambar memang nampak cantik, tapi bila anda beli dan memegangnya, memang akan menyesal. Yunalis Zarai sendiri telah tampil mengingatkan para pembeli untuk hanya membuat pembelian di www.christyng.com agar tidak tertipu dengan barangan ciplak ini.

christy ng

Walaupun cetak rompak ini menandakan bahawa kepopularitian beg tangan Christy Ng telah mencapai tahap antarabangsa dan mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia, namun ia adalah satu perkara yang mampu menjatuhkan industri. Contohnya jika beg tangan terbaru Christy Ng “Scha x Christy Ng” yang merupakan kerjasama dengan selebriti Scha Al Yahya turut sama diciplak, tentu ia akan membuatkan para selebriti dan Christy Ng berfikir 2,3 kali sebelum mengeluarkan koleksi lain. Iyerlah, penat lelah bersengkang mata memikirkan idea, tup-tup orang lain curi macam tue je. Memang boleh buat menangis.

christy ng

christy ng

christy ng

christy ng

Jadi sekiranya selepas ini anda melihat ada yang menjual beg tangan Christy Ng di sosial media tetapi harganya sangat BERBEZA, pastikan periksa terlebih dahulu. Jangan tersilap beli, lebih-lebih time nak raya nie. Kalau nak confirm yang original 100%, hanya buat pembelian di www.christyng.com sahaja. Confirm selamat. Selamat bershopping.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...