Baru-baru ini pastinya semua mengetahui Datuk Seri Aliff Syukri menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol. Namun, beliau menghadapi dugaan yang tidak disangka apabil beg Aliff dicuri dan menyebabkan jutawan kosmetik itu kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.
Aliff menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa sedih berikutan insiden tersebut dan ia adalah kenang pahit dalam hidupnya. Malangya, Aliff tetap menjadi mangsa kecaman netizen.
Rata-rata netizen menganggap apa yang berlaku kepada Aliff adalah pengajaran buat beliau yang sentiasa menayang kemewahannya.
Tidak dinafikan mungkin selepas ini Aliff harus lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian beliau di media sosial termasuklah kurang mempamerkan segala kemewahan yang beliau ada. Ia mengundang bahaya kepada diri sendiri.