Pelakon, Norman Hakim telah berkongsi pengalaman buruk berdepan dengan situasi tiga daripada lapan beg bagasinya rosak setelah mendarat di tanah air.
Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon meluahkan rasa kesal terhadap perkara tersebut sebaik sahaja mendarat dari Korea Selatan menerusi hantaran di Instagramnya.
Alhamdulillah selamat mendarat tapi beg yang tak berapa selamat.
My colleague kata ini normal untuk penerbangan international, saya terus buat research on the spot.
Masa kali pertama tengok kondisi beg terutamanya yang ‘critically injured’ ni, faham- faham jelah ‘darah’ lelaki. 30 saat saya istighfar dan kawal nafas untuk menangkan akal berbanding emosi.
Saya fikir mungkin orang yang ‘in charge’ ke atas beg ni ada masalah peribadi, jadi dia lepas amarah pada beg ni.
View this post on Instagram
Susulan kejadian itu, pelakon berkenaan turut meminta pendapat daripada netizen tentang cara membendung permasalahan tersebut.