“Beego Ni Tak Faham Bahasa, Jangan Sampai Saya Jadi Gila” – Linda Hashim

Hiburan

“Beego Ni Tak Faham Bahasa, Jangan Sampai Saya Jadi Gila” – Linda Hashim

Pelakon Linda Hashim menegaskan tiada lagi ruang untuk dipujuk oleh suaminya, Beego, susulan dakwaan bekas suami itu yang ingin membawa beliau keluar makan malam romantis.

“Seumur hidup saya dengan dia, saya tak pernah satu kali pun ‘candlelight dinner’ dengan dia. Jadi mustahil,” kata Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, kepada Kosmo! Online.

Advertisement

Menurut Linda, ini bukan lagi soal dipujuk kerana pelbagai peluang telah diberikan sebelum ini.

Ini bukan tahap pujuk lagi. Dia dah selalu memujuk, saya dah tak tahu macam mana nak bagi dia faham. Saya tengah sabar sebenarnya, kalau dia masih tak faham bahasa jangan sampai saya jadi gila.

Tolong hormat keputusan saya, saya dah bagi peluang. Ini adalah perceraian yang ketiga. Pertama dan kedua pun saya dah bagi peluang, minta maaf setahun 10,000 kali buat dan dah diberi peluang.

Meskipun bakal berpisah, Linda menegaskan beliau tetap mahu mengekalkan hubungan baik dengan Beego demi anak-anak mereka.

Linda Hashim Dedah Diserang Wanita Didakwa Skandal Beego – “Dia Datang Cari Saya, Marah-Marah..”

Saya bukan nak sangat bercerai, tapi saya rasa dah tak boleh dan rasa dia pun dah tidak boleh. Mungkin dia selesa dengan keadaan bersama saya selama ini.

Dia takut bila saya tak ada, persekitaran akan jadi lain tapi sekarang saya merapatkan juga silaturrahim saya dengan keluarga dia. .

Linda menegaskan keputusan perceraian adalah jalan terakhir selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga gagal.

Untuk rekod, Linda memfailkan cerai terhadap Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu. Pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, kembali rujuk pada 9 April 2023, dan membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Beego Linda Hashim
2025-10-25 13:22:58

Linda Hashim Dedah Diserang Wanita Didakwa Skandal Beego - "Dia Datang Cari Saya, Marah-Marah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...