Sudah lama tak dengan khabar berita mengenai Kim Seri kan?
Terbaru, perihal wanita itu kembali diperkatakan di Threads apabila ada yang mempersoalkan ‘wajah’ terbarunya kini. Semakin jauh dari perhatian media selepas berkahwin, sudah pasti ramai ingin tahu perkembangan terbaru wanita itu.
Kongsi individu di Threads, dia mempersoalkan wajah Kim Seri yang kelihatan lain dari biasa di mana ada yang mempersoalkan sama ada dia ada melakukan pembedahan plastik di bahagian mata.
Individu lain turut mengakui spekulasi itu selepas melihat Kim Seri ada mempromosikan klinik prosedur kecantikan dan pembedahan plastik bertempat di Gangnam, Korea Selatan, menerusi Instagram Story di akaun miliknya.
View this post on Instagram
Komen netizen,
Dah tak fikir halal haram, macam tu lah jadinya.
Ada juga individu yang menebak Kim Seri melakukan pembedahan di bahagian hidungnya namun ia hanyalah spekulasi memandangkan tuan badan tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Terdahulu, Kim Seri menjadi bualan ramai selepas ‘tertangkap’ menipu duit ramai rakyat Malaysia yang mengambil pakej percutian ke Korea Selatan milik agensi pelancongannya. Setakat ini, masih ada mangsa mengakui bahawa mereka belum mendapat kembali duit mereka meskipun wanita itu berjanji untuk membayarnya semula.