Beberapa Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Burung Hantu

Kehidupan

Beberapa Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Burung Hantu

Oleh kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu lagi, rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Tidak kurang juga yang hanya ingin duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti berat dan hanya melihat telefon sambil melayari media sosial. Tanpa disedari, ada yang scroll Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai aplikasi yang lain sehingga subuh esoknya.

Dan rutin itu berulang hari esok dan seterusnya. Memang tepatlah anda boleh di gelar ‘burung hantu’. Cergas ketika malam menjelma, tidur ketika matahari mula tegak di atas kepala.

Advertisement

Tetapi pernah atau tidak anda terfikir bagaimana sebenarnya burung hantu ini dilihat oleh sesetengah masyarakat negara lain? Atau pernahkah anda membaca sedikit fakta mengenai burung yang memberi lambang mistik dalam kebanyakkan filem barat.  Jadi, kami kongsikan pengetahuan baru mengenai burung hantu untuk anda.

Kepala burung hantu tidak boleh berputar 360 darjah

burung hantu

Mungkin anda pernah terbaca di mana-mana kenyataan yang mendakwa kepala burung boleh berpusing hingga 360 darjah. Ternyata fakta itu salah sama sekali!

Mental Floss mengeluarkan fakta yang menyangkal bahawa kepala burung hanya boleh berpusing 135 darjah. Burung hantu boleh menoleh ke kanan dan ke kiri sahaja. Seram pula jika memikirkan kepalanya mampu berpusing 360 darjah.

Burung hantu rabun dekat

mata burung hantu

Nampak sahaja mata burung hantu ini boleh memberi pandangan yang tajam serta menaikkan bulu roma kita. Namun, kedua-dua mata burung hantu mempunyai pandangan yang terhad dan terbatas. Bahasa yang lebih mudah, burung hantu ialah burung yang rabun.

Oleh itu, burung ini akan menggunakan bulu-bulu kecil yang terdapat di kawasan paruh serta kakinya untuk mengesan haba badan mangsanya. Kecekapan burung hantu menangkap mangsa mungkin disalah erti tentang ketajaman mata yang dimiliki oleh burung tersebut.

Pendengaran burung hantu sangat jelas

burung hantu

Pandangan mata yang terbatas tidak menjadi penghalang kepada burung hantu untuk mempamerkan kemahiran dalam menangkap mangsa untuk dijadikan habuan makanan.

Walaupun pada ketinggian 23 meter, burung hantu masih mampu dapat mengesan bunyi yang dikeluarkan mangsanya sekali gus menjadi isyarat untuk burung hantu menyambar mangsanya dengan pantas.

Simbol kegembiraan dan kesedihan

burung hantu

Zaman dahulu, burung hantu mengikut masyarakat yang mempercayai ajaran Yunani Kuno membawa erti perlindungan dan kemenangan. Dewi kebijaksanaan mereka, Athena telah membela burung ini. Selepas itu, burung hantu juga dilambangkan sebagai pengetahuan.

Sehingga sekarang, jika anda menonton kartun animasi kanak-kanak burung hantu akan ditonjolkan sebagai burung yang bijak, suka membaca buku dan mempunyai pengetahuan yang luas.

Pada masa yang sama, Athena juga adalah dewi peperangan. Burung hantu akan menyertai angkatan tentera untuk memberi perlindungan ketika peperangan berlaku. Sekiranya berbuat sedemikan, pastinya pihak mereka akan beroleh kemenangan dalam satu-satu peperangan.

Lain pula bagi masyarakat Jawa, jika burung ini muncul di kawasan rumah mereka maka petanda akan terdapat berita kematian yang akan menyusul. Kedua-dua fakta ini hanyalah mitos semata dan terpulang kepada anda untuk mempercayainya ataupun tidak.

Tak kira lah sama ada anda seorang ‘burung hantu’ atau tidak di rumah, asalkan anda mematuhi arahan PKP dan duduklah di rumah sehingga tamat tempoh yang diarahkan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...