“Bebel Je Bukan Carut” – Insiden Restoran ‘Makcik Puaka’, Anak ‘Owner’ Perjelas Situasi Sebenar

Kehidupan

“Bebel Je Bukan Carut” – Insiden Restoran ‘Makcik Puaka’, Anak ‘Owner’ Perjelas Situasi Sebenar

Berikutan tularnya sebuah video yang memaparkan beberapa orang pelanggan dimaki oleh oleh peniaga di sebuah restoran yang pernah juga diperkatakan beberapa tahun dahulu.

Pemilik restoran itu didakwa sekali lagi memaki hamun pelanggan hanya kerana baki lauk yang dijual di premisnya itu tidak mencukupi dek kerana pengunjung yang datang dalam jumlah yang banyak.

Advertisement

Namun begitu, anak kepada tuan kedai yang dikenali sebagai Illa tampil menjelaskan isu sebenar ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Jelas Illa, pelanggan itu sebenarnya datang pada jam 4 dan bukannya jam 2 seperti yang didakwa.

Oleh disebabkan itu, banyak makanan sudah habis dan telah memaklumkan pelanggan berkenaan akan menghidang apa yang ada kalau nak makan juga di premis berkenaan.

Mengenai dakwaan ibunya yang bersikap kasar dan bercakap lantang dengan pelanggan, Illa berkata perkara tersebut bukanlah perkara baru.

Restoran mak cik puaka bandar hilir viral

Kalau pelanggan regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.

Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalaha. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut.

Dalam pada itu, Illa meluahkan rasa kesal kerana merasakan pelanggan itu sengaja mencari publisiti dan memburukkan imej dan reputasi perniagaan yang diusahakan ibunya sejak 30 tahun yang lalu.

“Cukuplah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua orang.” jelasnya lagi.

6 bulan lalu

"Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan"- Peniaga Restoran Kurang Ajar Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...