June 18th, 2020

Bebas daripada tuduhan berhubung dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan, pelakon dan penyanyi Nur Fazura didapati tidak bersalah.

fazura bebas kes saman

Kredit – mStar

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril berkata, Fazura bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif adalah tidak bersalah dan terbatal kerana produk “Q Tab” yang dipromosikan gagal mendapatkan kelulusan pihak berwajib.

Sehubungan itu, Narhamdan Abd Malek selaku pemilik Maydan Trading diarahkan mahkamah untuk membayar kepada defendan Universal Music dan Fazura masing-masing sebanyak RM40,000.

fazura bebas kes saman

Kredit – NST

Fazura yang ditemani suaminya, Fattah Amin berkata beliau kini seakan mampu menarik nafas lega selepas lebih dua tahun mempertahankan maruahnya yang tercalar.

Tambah fazura, beliau seakan terkejut apabila produk mereka dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan phak berwajib.

“Alhamdulillah hari ini terbukti saya tidak bersalah dan jelas segala tuduhan Maydan Trading terhadap saya memang tidak berasas.”

Terdahulu, Narhamdam telah mengemukan saman kepada Fazura pada 16 Disember 2017. Dalam penyataan tuntutan, plaintif itu mendakwa pada 10 Ogos 2017, terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Fazura memasarkan produk keluarannya.

fazura bebas kes saman

Kredit – mStar

Bagaimanapun, sekitar penghujung September 2017, plaintif sekali lagi tampil mendakwa Fazura telah melanggar kontrak kerana melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu “Trudolly” dan “TruBeauty”, sedangkan beliau masih terikat dengan kontrak pemasaran “Q Tab”.

Sumber: mStar


9 responses to “Bebas Tuduhan Langgar Kontrak, Fazura Zahir Rasa Lega”

  1. nuyu says:

    fazura lots of love utk awk.

  2. Anonymous says:

    fazura ko mmg cantik walau apapun….tp kenape abg peguam tu nampak mcm rosyam noor…hahaha

  3. Anonymous says:

    sapelah menaip macam x sabar2 nak masuk jamb*n ni? fzaura lah, laintif, sebnayak, phak, mengemukan, sekai? dasar nak post cepat je tau!

  4. bunga says:

    ingatkan zahir nama bapak dia.

  5. Anonymous says:

    kimk ini sdh minta maaf ke dgn pembuat tudung tu?
    awas nak beranak tu…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...