Bebas Paraben, Silikon & Minyak Mineral. NIVEA Naturally Good Melindungi Diri & Alam

Berita

Bebas Paraben, Silikon & Minyak Mineral. NIVEA Naturally Good Melindungi Diri & Alam

Beberapa tahun belakangan ni, makin banyak nampaknya jenama terkemuka mula menawarkan rangkaian produk yang berasaskan bahan semula jadi.

Salah satunya jenama terkenal NIVEA, menerusi rangkaian berasaskan bahan semula jadi Naturally Good.

Advertisement

Apa yang menarik minat BeautifulNara, NIVEA menggunakan pendekatan lebih telus di mana mereka berkongsi kandungan bahan-bahan yang digunakan setiap produk dalam rangkaian itu.

Macam ni, barulah pengguna lebih yakin untuk mencuba.

Bebas Paraben, Silikon & Minyak Mineral

Bahan semula jadi dapat setiap bahan.

Bahan-bahan seperti paraben, silikon dan minyak mineral secara luaran nampak berkesan. Namun, penggunaannya untuk jangka waktu yang panjang boleh memberikan impak kepada wajah dan juga tubuh badan.

NIVEA menerusi rangkaian Naturally Good ingin memberikan pengguna pilihan untuk beralih kepada produk semula jadi dan mesra alam. 

Bagi memastikan Naturally Good memenangi kepercayaan pengguna, NIVEA 100 peratus telus mengenai isu kandungannya produknya. Ini merupakan satu yang baru untuk produk penjagaan kulit dan wajah.

Hampir 99 peratus kandungan bahan di dalam rangkaian Naturally Good adalah berasaskan bahan semula jadi. 

Manakala, 1 peratus lagi adalah untuk kestabilan dan memastikan produk 100 peratus selamat digunakan pada kulit.

Betapa seriusnya NIVEA menerusi produk Naturally Good ini, bungkusannya turut memaparkan peratusan kandungan bahan semula jadi yang digunakan dalam setiap produk.

Malah bungkusan produk juga mesra alam bagi menjamin keselamatan ekosistem.

Naturally Good membersih & melembap secara semula jadi

Hampir 99% bahan Naturally Good berasaskan bahan semulajadi.

Dah faham manfaat kandungan semula jadi pada Naturally Good, anda mesti nak tau rangkaian produk yang ditawarkan. Jom kami kongsikan antara produk yang ditawarkan:

Losen badan

Losen badan Naturally Good

Losen pelembap NIVEA Naturally Good menawarkan 3 pilihan variasi iaitu avocado, oat dan nasi organik untuk membantu menghidrat kulit, menjadikannya sihat dan cantik secara semula jadi.

Menggunakan 98 peratus bahan semula jadi berasaskan organik avocado dan oat, losen ini bebas paraben, silikon, pengawet kimia dan mikro plastik.

Teksturnya juga mudah meresap ke dalam kulit mampu memberikan kelembapan sehingga 48 jam.

Penjagaan wajah

Aloe vera dan minyak jojoba antara kandungan krim siang

Terdapat banyak produk penjagaan wajah di bawah rangkaian Naturally Good, salah satunya Naturally Face Care Good Radiance Day Cream.

Krim ini memberikan kesan lembapan pada wajah sehingga 24 jam untuk kulit yang lebih sihat dan segar, dengan 99 peratus bahan organik seperti aloe vera, minyak jojoba dan badam.

Paling penting ia tiada kandungan paraben. silikon minyak mineral dan phenoxyethanol.

Selain tu, terdapat juga NIVEA Face Care Naturally Good Night Cream dengan minyak organik, NIVEA Face Care Naturally Good Cleansing Gel yang diperkaya dengan aloe vera organik dan  NIVEA Face Care Naturally Good Cleansing Milk dengan organik green tea.

Penjagaan bibir

Penjagaan untuk bibir lembut

NIVEA Naturally Good Quinoa Seed Oil Lip Balm dan Good Acai Seed Oil Lip Balm adalah penjagaan bibir yang diformulasikan secara vegan yang memberikan kelembapan selama 24 jam untuk bibir yang lembut dan licin. 

Ia diformulasikan dengan bahan-bahan makanan yang dipilih, selamat walaupun dijilat dan mengandungi shea butter organik. Bahan-bahannya 100 peratus dari sumber semula jadi yang boleh diperbaharui dan bebas minyak mineral.

Penjagaan badan (mandian)

Gel mandian Naturally Good hadir dengan 3 pilihan wangian berasaskan tumbuhan semula jadi (cotton flower, honeysuckle & rose water). Ia mengandungi minyak yang diperkaya dengan ramuan organik untuk memberikan keselesaan dan memerangkap lembapan kulit.

Menggunakan 99 peratus formula biodegradasi ia bebas mikroplastik, paraben, fenoksietanol dan SLS/SLES.

Deodorant 

Menawarkan dua variasi deodorant, Nivea Deodorant Female Bio Aloe Vera dan Green Tea memberikan rasa segar pada bawah lengan dengan bauan semula jadi.

Shopee tawarkan diskaun 30% untuk rangkaian Naturally Good

Kalau anda masih mencari produk penjagaan diri yang sesuai atau lebih tepat lagi menggunakan bahan semula jadi.

Promosi Naturally di Shopee

Anda tak boleh lepaskan tawaran yang Shopee pada 25-27 September ini, di mana korang boleh menikmati diskaun 30 peratus untuk setiap pembelian produk NIVEA Naturally Good ni.

Dengan pembelian minimum RM100 juga , korang layak mendapat baucar bernilai RM20 tau.

Tapi bukan itu saja, terdapat juga tawaran eksklusif Shopee bermula jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

Istimewa pada 25 September sahaja, dengan pembelian minimum RM30, korang boleh add-on Naturally Good lip balm pada harga RM11 (harga sebenar RM19.90).*

Juga pada 25 September pembelian dengan minimum RM50 akan mendapat NIVEA tote bag atau NIVEA creme Oil Pearl Cherry Blossom Bath Care secara PERCUMA.*

Klik SINI untuk memulakan pembelian anda.

*Sementara stok masih ada.

Bertukar kepada produk yang lebih selamat dengan NIVEA Naturally Good

Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk bertukar kepada produk penjagaan diri berasaskan bahan semula jadi dan pada masa yang sama kita dapat menjaga alam

Satu Kulit, Satu Planet, Satu Produk Penjagaan Wajah. Ingatlah NIVEA Naturally Good sebagai teman kecantikan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Naturally Good atau produk NIVEA yang lain layari https://shopee.com.my/nivea.my.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...