Suatu ketika dahulu, bekas penyanyi Mizz Nina mengejutkan orang ramai dengan perubahan dirinya dan sehingga kini beliau masih membuat warganet kagum melihat dirinya.
Walaupun Mizz Nina melalui perubahan itu, tidak pernah sekali pun namanya dikaitkan dengan kontroversi atau menjadi bahan perbualan isu panas di kalangan netizen.
Baru-baru ini di Twitter terdapat seorang pengguna berkongsikan pendapatnya mengenai perubahan yang dilakukan oleh Mizz Nina.
Mizz Nina lah contoh teladan yang baik. Betul jugak, selama dia berhijrah, takda pun kita dengar dia buat kontroversi nak bangkitkan fitnah dekat diri sendiri. pic.twitter.com/rFzxRS7L53
— intnzfrh (@izxfrh) May 4, 2021
Beliau kagum dengan isteri kumpulan Hujan, Noh Salleh walaupun melakukan perubahan yang drastik namun tetap ‘bersih’ dari diselumbungi dengan isu-isu yang tidak sepatutnya.
Namun begitu, pengasas aplikasi Qalby App tetap menjadi sebutan orang ramai kerana usahanya berdakwah ikhlas kerana agama dan bukannya untuk mendapat perhatian orang ramai.
Mizz Nina mula berhijrah dan berhijab sehingga kini pada Oktober 2013 setelah selesai menunaikan ibadah haji bersama suaminya.